Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Pemimpin S’pura ucap tahniah Brunei sambut Hari Kebangsaan ke-40

Feb 23, 2024 | 08:44 PM



Presiden Tharman Shanmugaratnam dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mengutus surat ucap tahniah kepada Sultan Brunei sempena Hari Kebangsaan negara itu yang ke-40 pada 23 Februari, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan.

Menulis kepada Sultan Hassanal Bolkiah, Presiden Tharman berkata keharmonian, kestabilan dan kemakmuran yang dinikmati hari ini oleh rakyat Brunei daripada semua lapisan masyarakat adalah disebabkan pemerintahan beraja yang berpandangan ke hadapan dan penuh kebajikan.

Presiden Tharman berkata semasa lawatan negara sulungnya ke Brunei pada Januari, beliau melihat sendiri “kebanggaan luar biasa” yang dimiliki rakyat Brunei dalam sejarah dan budaya mereka yang kaya.

Lawatan negara tiga hari Presiden Tharman – lawatan negara ke luar negara pertamanya sejak memegang jawatan Presiden – adalah atas undangan Sultan Brunei.

Sultan Hassanal Bolkiah juga merupakan Perdana Menteri Brunei merangkap Menteri Pertahanan, Kewangan, Ekonomi dan Hal Ehwal Luar.

Presiden Tharman berkata beliau kagum akan warga muda dan berbakat Brunei yang ditemuinya, sambil menambah bahawa beliau “yakin Brunei akan kekal sebagai titik terang di rantau ini di bawah kepimpinan Sultan Hassanal Bolkiah yang serba berkebolehan”.

Beliau berkata sebagai negara merdeka terkecil di Asia Tenggara, Brunei dan Singapura telah sama-sama mengharungi pelbagai cabaran sepanjang empat dekad lalu.

“Tahap kepercayaan bersama kita yang tinggi, pandangan strategik yang dikongsi, dan hubungan rapat antara rakyat dengan rakyat akan terus menyemarakkan perkongsian kukuh kita dalam pelbagai bidang,” katanya.


Dalam surat ucapan tahniahnya, PM Lee berkata sejak mencapai kemerdekaan pada 1984, Brunei telah menikmati pertumbuhan dan pembangunan rancak, walaupun di tengah-tengah cabaran geopolitik, ekonomi dan teknologi di rantau ini.

“Ini adalah bukti kepimpinan Tuanku yang tabah dan bijaksana, serta kekuatan watak rakyat Brunei,” kata Encik Lee.

Beliau berkata ketika Brunei memperingati peristiwa penting ini, sudah tiba masanya untuk juga merenung kembali 40 tahun persahabatan dan kerjasama antara dua negara ini.

Hubungan Singapura dan Brunei ditunjangi kerjasama pertahanan dan ekonomi yang telah terjalin selama beberapa dekad, dengan pemimpin dari kedua-dua belah pihak sering bertemu satu sama lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >