Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sultan Brunei: Kemerdekaan mesti dipertahan

Feb 23, 2024 | 04:20 PM



BANDAR SERI BEGAWAN: Negara Brunei bersiap untuk menyambut Hari Kebangsaan ke-40, pada 24 Februari, sekali gus menandakan empat dekad kemerdekaan dan kedaulatan negara itu.


Dalam amanat sempena hari kemerdekaan itu, Sultan Hassanal Bolkiah menekankan peri pentingnya menghargai dan menjaga kemerdekaan negara.

Menurut beliau, kemerdekaan bukan sekadar peristiwa bersejarah tetapi adalah suatu komitmen berterusan untuk menegakkan nilai kebebasan, keharmonian dan perpaduan negara.

Semua itu, tegas beliau, memerlukan adanya perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat, selaku tunjang ketahanan dan keutuhan negara, lapor Pelita Brunei.


Sultan Hassanal Bolkiah yang juga selaku perdana menteri dan menteri pertahanan Brunei turut menyatakan bahawa sejak empat dekad kemerdekaan, negara itu telah meraih pelbagai pencapaian bermakna, dalam banyak bidang.

“Ini terbukti, apabila negara beroleh kedudukan yang tinggi dalam laporan Human Development Index (HDI) pada tahun 2021, yang meletakkan Negara Brunei Darussalam di tangga ke-51 daripada 191 buah negara,” jelas beliau seperti yang dipetik Pelita Brunei iaitu penerbitan Jabatan Penerangan.


Beliau menarik perhatian kepada laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan taraf kehidupan dan ekonomi, dengan berkata bahawa “dapatlah diterjemahkan sebagai keberhasilan usaha negara, dalam meningkatkan jangka hayat penduduk, kemahiran dan pendidikan serta mutu kehidupan, selaras dengan ‘Sustainable Development Goals’ dan matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035”.

Ia juga, menurut Sultan Hassanal Bolkiah, dikaitkan dengan keberkesanan pelbagai inisiatif di bawah Rancangan Kemajuan Negara, yang telah banyak menyumbang kepada pencapaian penting.

“Sehubungan ini, Kerajaan akan terus memberikan tumpuan kepada projek-projek strategik, khususnya di bidang yang berkaitan dengan transformasi digital, yang mampu untuk memberikan impak positif dan signifikan kepada kesejahteraan rakyat dan penduduk,” ujar beliau.

Ini termasuk penekanan untuk meningkatkan kapasiti tenaga kerja, daya inovasi dan tahap produktiviti negara serta peluang-peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >