Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

BERITA

Pemimpin S’pura, Vietnam bertemu secara tahunan pertingkat hubungan, kerjasama

Aug 28, 2023 | 08:10 PM




Para pemimpin Singapura dan Vietnam akan mengadakan mesyuarat tahunan sebagai satu wadah untuk membincangkan agenda dua hala dan isu-isu keprihatinan bersama. 

Kededua negara juga akan meneroka kemungkinan meningkatkan hubungan dua hala kepada satu Kerjasama Strategik Menyeluruh pada masa depan, sedang hubungan dua hala terus berkembang sejak beberapa tahun lalu. 

Kesepakatan itu dicapai oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan rakan sejawatannya, Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh, dalam satu pertemuan di Pejabat Pemerintah di Hanoi pada Isnin. 

Pertemuan itu turut dihadiri Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing dan Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng. 

Dalam pertemuan itu, Encik Lee dan Encik Chinh telah mengesahkan lagi persahabatan yang lama terjalin dan hubungan kukuh antara Singapura dengan Vietnam, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA). 

Meneliti semula hubungan dua hala sempena ulang tahun hubungan diplomatik ke-50 dan ulang tahun ke-10 Kerjasama Strategik pada tahun ini, kededua pemimpin menyambut baik pertukaran yang mesra dan konsisten di peringkat pemimpin, pemerintah dan rakyat. 

Mereka juga mengalu-alukan kerjasama kukuh dalam perdagangan dan pelaburan, keselamatan dan pertahanan, pendidikan dan pembangunan sumber manusia yang terbina sejak bertahun lamanya.

Encik Lee dan Encik Chinh turut bersetuju menggiatkan kerjasama dalam bidang baru seperti tenaga diperbaharui, kredit karbon dan ekonomi digital. 

“Memandangkan skop kerjasama yang semakin luas, Encik Lee dan Encik Chinh bersetuju untuk menubuhkan mesyuarat tahunan antara perdana menteri, sebagai satu wadah untuk membincangkan agenda dua hala dan isu-isu keprihatinan bersama.

“Ekoran peluasan kualitatif hubungan kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini, para pemimpin juga bersetuju untuk meneroka kemungkinan meningkatkan hubungan dua hala kepada Kerjasama Strategik Menyeluruh pada masa depan dan menugaskan pegawai supaya membuat susulan dan melaporkan kepada kededua pemimpin itu di mesyuarat tahunan perdana menteri ke perdana menteri yang seterusnya,” jelas MFA. 

Dalam pada itu, secara berasingan, Encik Lee bertemu dengan Presiden Vo Van Thuong; Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, Encik Nguyen Phu Trong; dan Pengerusi Perhimpunan Kebangsaan, Encik Vuong Dinh Hue.

Selain membincangkan tentang cara mengukuhkan kerjasama di pihak dua hala dan tiga hala, Encik Lee dan para pemimpin itu membincangkan tentang perkembangan serantau dan antarabangsa yang menjadi keprihatinan bersama. 

Terdahulu, Encik Lee telah meletakkan bunga di Makam Ho Chi Minh pada pagi Isnin. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >