Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Pendamping masjid hulur bantuan tanpa jemu

Dec 08, 2023 | 05:30 AM



Demi terus mendekati masyarakat Islam di sini, Masjid Alkaff Kampung Melayu terus gigih menganjurkan pelbagai program dan kegiatan untuk semua.

Antaranya, pihak masjid telah menganjurkan kegiatan ‘Give a Gift’ dan ‘Sesi Bersama Ustaz, atau SBU’, yang berlangsung pada 2 Disember, Sabtu lalu.

Menurut Pegawai Pembangunan Sosial (SDO) di Masjid Alkaff Kampung Melayu, Ustazah Siti Shazwani Azmi, tujuan mereka menganjurkan acara pengagihan barangan runcit atau barangan keperluan dapur – ‘Give a Gift’, adalah berhasrat terus membantu golongan yang memerlukan yang tinggal di persekitaran kawasan masjid.

Ustazah Siti Shazwani berkata acara bermula dengan ‘Sesi Bersama Ustaz’ pada 10.30 pagi dengan perkongsian tazkirah oleh Ketua Jabatan Penglibatan dan Jangkauan masjid, Ustaz Mohd Noor Samat.

Ini diikuti dengan sesi soal jawab dan jamuan tengah hari serta acara pengagihan barangan runcit kepada penerima bantuan zakat.

Selepas solat zohor pula, para ‘Pendamping’, atau ‘Befriender’, masjid, petugas serta sukarelawan masjid, menyingsing lengan bagi menjalankan misi penghantaran ke rumah penerima zakat yang uzur dan tidak berdaya datang ke masjid.

“Tujuan utama acara ‘Give a Gift’ ini ialah mahu mencontohi teladan baik Nabi Muhammad saw dalam tindakannya bermurah hati terhadap golongan yang memerlukan.


“Kami menyediakan barangan runcit sebagai satu bentuk keperluan asas kepada penerima zakat serta untuk ahli keluarga mereka.

“Alhamdulillah beberapa barangan keperluan harian telah berjaya diagihkan kepada 41 keluarga penerima bantuan zakat daripada Masjid Alkaff Kampung Melayu,” jelas Ustazah Siti Shazwani.

Antara pendamping masjid yang tidak jemu mencurahkan bakti dan terus mendekati masyarakat Islam yang memerlukan ialah Encik Salahuddin Sarif.

Bapa dua anak dewasa berusia antara 21 tahun dengan 26 tahun ini berkata beliau telah menjadi pendamping masjid secara rasmi pada Oktober lalu dan berjinak-jinak menjadi sukarelawan sejak 2016. 

Encik Salahuddin, 52 tahun, berkata setiap kali menziarahi rumah dan beramah mesra dengan mereka yang memerlukan sokongan ini, membuatkan dirinya lebih prihatin, empati dan buka mata dan minda beliau tentang persekitaran dan keadaan di sekelilingnya.

Ini juga menguatkan azam dan dirinya agar terus membantu mereka yang memerlukan, dengan lebih baik lagi.

“Setelah menghadiri dan menjalani kursus ‘Pendamping’ ini, tugasan ini bukan hanya sekadar bertanya khabar dan meluangkan masa bersama mereka.

“Kami juga perlu memahami keadaan, memberikan sokongan emosi atau keberadaan kami yang mereka nantikan.

“Kami akan berbual dan bertemu di rumah mereka setiap bulan atau setiap tiga bulan sekali, dan setiap kali bertemu, kami akan berbincang sekitar 30 minit.

“Mereka yang memerlukan bantuan ini kebanyakan memerlukan sokongan kewangan, kerana mempunyai masalah kesihatan yang kronik,” jelas Encik Salahuddin, seorang Penyelia dalam industri Sistem Keselamatan.

INGIN LIHAT
PENDAMPING MUDA

Setiausaha Masjid Alkaff Kampung Melayu ini turut berkata beliau mengharapkan lebih ramai lagi golongan muda tanpa segan dan malu akan terus menyingsing lengan dan membantu melestarikan program-program anjuran masjid di sini.

“Setiap kali bertemu dengan mereka yang memerlukan ini, saya kerap bertanya pada diri sendiri, apa yang boleh saya lakukan (membantu) lebih lagi untuk mereka?

“Saya amat berharap golongan muda dan belia kita akan terus membantu pihak masjid dan menjadi sukarelawan atau pendamping masjid pada masa hadapan.

“Mungkin ada golongan muda yang menganggap negara kita ini sebuah negara yang maju dan moden dan tidak mempunyai warga yang memerlukan. Namun pada hakikatnya, ramai lagi warga susah yang memerlukan bantuan dan sokongan daripada kita semua. Saya berharap ramai lagi golongan muda dan belia akan tampil dan mendampingi masyarakat Islam kita, serta memberikan sokongan yang sewajarnya (kepada mereka yang memerlukan),” tambah Encik Salahuddin.

Menyentuh tentang program naik taraf yang bakal berlangsung tidak lama lagi, pihak Masjid Alkaff Kampung Melayu mengalu-alukan sokongan orang ramai dan kerja peningkatan ini perlu dilakukan demi keselesaan jemaah, terutamanya warga emas yang tinggal di persekitaran kawasan masjid.

HULUR DERMA


Cara menderma bagi Dana Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC: 581-608668-001. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’ dan e-mel tangkap layar, atau screenshot, transaksi anda kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg


2. Hantarkan cek anda atas nama LPM ALKAFF KG MELAYU. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’, nama, alamat dan nombor telefon anda di bahagian belakang cek dan kirimkan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.

3. PayNow UEN: S94MQ0017D. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’.

4. Langsung ke Pejabat Masjid dari Isnin hingga Jumaat: 9 pagi hingga 5.30 petang.

5. Sila hubungi Masjid Alkaff Kampung Melayu di talian 6242-7244 untuk mendapatkan keterangan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >