Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Pengguna SimplyGo boleh dapatkan kad EZ-Link yang papar tambang

Feb 28, 2024 | 07:09 PM



Dari 18 Mac hingga 30 Jun, pengguna dewasa yang menukar kad perjalanan mereka kepada sistem tiket berasaskan akaun SimplyGo boleh mendapatkan kad EZ-Link baru yang sesuai dengan sistem tiket berasaskan kad (CBT) lama, di semua 44 pejabat tiket di seluruh negara.

Ini akan membolehkan mereka melihat potongan tambang dan baki nilai kad di pintu tambang dan pembaca kad bas – fungsi yang tidak ada pada SimplyGo.

Penumpang dewasa yang mengemas kini kad mereka kepada SimplyGo, atau membeli kad EZ-Link SimplyGo dari 9 hingga 22 Januari, layak mendapat kad baru itu, lapor akhbar The Straits Times (ST).


Mereka boleh terus menggunakan kad yang sesuai dengan SimplyGo mereka walaupun selepas mengambil kad baru itu, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 28 Februari.

Proses pengambilan kad baru itu dilaksana secara berperingkat berdasarkan angka akhir pada nombor pengenalan kad EZ-Link SimplyGo pengguna, tambah LTA.

Contohnya, pemilik kad EZ-Link dengan nombor pengenalan yang berakhir dengan angka 1 atau 2 boleh mengambil kad mereka dari 18 hingga 24 Mac, manakala pemilik kad dengan nombor yang berakhir dengan angka 9 atau 0 boleh mengambil kad dari 15 hingga 28 April.

Mereka yang membeli Kad Prabayar Nets dari 9 hingga 22 Januari juga boleh mengambil kad Nets FlashPay percuma, yang sesuai dengan sistem berasaskan kad, di pejabat tiket dari 1 April hingga 30 Jun.

Pemegang kad konsesi seperti warga emas, orang kurang upaya atau pekerja bergaji rendah, serta pemegang kad perjalanan bulanan dewasa, akan menerima kad gantian dari 1 April hingga 31 Mei, melalui pos.

Hanya mereka yang diberi kad SimplyGo atau menukar kad perjalanan mereka kepada sistem berasaskan akaun pada 22 Januari atau sebelumnya, layak menerima kad baru itu.

Kenyataan LTA itu dibuat lebih sebulan selepas pemerintah menangguhkan rancangan yang diumumkan pada 9 Januari, yang menghendaki semua penumpang dewasa mengemas kini kad perjalanan sedia ada mereka kepada SimplyGo.

Di bawah rancangan itu, Kad Nets FlashPay juga akan digantikan dengan Kad Prabayar Nets yang sesuai dengan SimplyGo.

Bagaimanapun, pemerintah mengubah keputusannya sekitar dua minggu kemudian, selepas ramai penumpang meluahkan rasa kecewa dan tidak senang kerana tidak dapat melihat data transaksi tambang ketika mereka sentuh kad untuk turun dari bas atau keluar dari stesen MRT.

Pemerintah akan membelanjakan sekitar $40 juta untuk mengekalkan sistem berasaskan kad sehingga 2030.

Dari 9 hingga 22 Januari, hampir 140,000 penumpang dewasa dan pengguna kad konsesi telah bertukar kepada SimplyGo, menurut LTA sebelum ini.

Sekitar 290,000 pengguna dewasa, termasuk mereka yang membeli kad SimplyGo atau Kad Prabayar Nets, layak menerima kad baru itu.

Pengambilan kad secara berperingkat itu bertujuan mengurangkan masa menunggu bagi penumpang, menurut LTA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >