Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sistem berasaskan kad: Tambahan $40j akan ditanggung pemerintah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem berasaskan kad: Tambahan $40j akan ditanggung pemerintah

Jan 26, 2024 | 06:30 PM



Tambahan $40 juta yang akan dibelanjakan untuk melanjutkan penggunaan sistem berasaskan kad sehingga 2030 akan digunakan untuk membeli perkakasan baru dan untuk menyelenggara dan mengendalikan sistem tersebut, kata Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat.

Anggaran kos ini, yang diperlukan untuk membolehkan sistem berasaskan kad seperti kad ez-link lama dan Nets FlashPay dapat berjalan serentak dengan sistem SimplyGo, juga akan ditanggung sepenuhnya oleh pemerintah dan tidak akan menjejas tambang pengangkutan awam.







“Ia adalah kos yang Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) ingin cuba elakkan daripada ditanggung dengan menghentikan sistem tiket berasaskan kad untuk penumpang dewasa. Tetapi apabila kami menyedari bahawa ini tidak selaras dengan kehendak ramai penumpang, kami memutuskan untuk tidak meneruskan rancangan ini.

“Kami akan lanjutkan sistem tiket berasaskan kad untuk orang dewasa, dan dengan berbuat demikian, kami akan belanjakan anggaran kos sebanyak $40 juta untuk perkakasan serta kos penyelenggaraan dan operasi untuk mengendalikan sistem ini untuk penumpang dewasa sehingga 2030,” kata Encik Chee.

Encik Chee berkata demikian kepada pihak media di Kementerian Pengangkutan yang terletak di Alexandra Road, sebagai menjawab soalan mengenai perincian $40 juta yang LTA akan belanjakan untuk mengekalkan sistem tiket berasaskan kad semasa.

Dalam melaksanakan projek ini, LTA akan melakukan yang terbaik untuk berbelanja secara berhemat dan mengurangkan kos sebaik-baiknya.

“Ternyata, kita tidak akan dapat mengelak kos ini. Tetapi, dengan membelanjakan jumlah ini, kami akan mempunyai sistem berasaskan kad yang dilanjutkan, yang boleh memenuhi keperluan penumpang dewasa yang memilih untuk mengekalkan ciri ini untuk dapat melihat potongan tambang yang betul dan baki kad mereka di pintu tambang dan pembaca kad bas.

“Apabila kita membelanjakan dana awam, kita mahu melakukannya secara berhemat, dan di mana yang mungkin kita dapat mengurangkan kos, kita akan cuba yang terbaik. Tetapi pada masa yang sama, jika kita perlu belanja, kita akan berbuat demikian,” kata Encik Chee.

Semasa temu bual bersama media, Encik Chee turut menjelaskan bagaimana LTA pada mulanya membuat keputusan untuk berpindah ke SimplyGo sebelum ia ditangguhkan.

Dari 2019 hingga 2023, beliau berkata bahawa lebih banyak penumpang dewasa telah beralih secara beransur-ansur kepada SimplyGo. Sehingga Disember 2023, kira-kira dua daripada tiga penumpang dewasa telah beralih kepada SimplyGo, sama ada menerusi dompet mudah alih kad bank atau kad nilai tersimpan SimplyGo.

Pada masa yang sama, memandangkan sistem tiket berasaskan kad sedia ada untuk penumpang dewasa akan mencapai penghujung hayatnya pada 2024, LTA terpaksa membuat keputusan sama ada untuk menghentikan sistem itu atau meneruskannya.

“Dalam membuat keputusan untuk menghentikan sistem berasaskan kad untuk penumpang dewasa, LTA tidak terfikir tentang keutamaan sesetengah penumpang yang ingin mengekalkan ciri ini untuk dapat melihat potongan saksama dan maklumat baki kad di pintu tambang dan pembaca kad bas.

“Sesetengah penumpang mungkin memilih untuk mengekalkan sistem tiket berasaskan kad sedia ada dan kami akan melanjutkan sistem untuk memberi mereka pilihan ini. Kami akan membuat keputusan kemudian sama ada kami perlu melanjutkan sistem melebihi 2030. Kami tidak perlu membuat keputusannya sekarang,” kata Encik Chee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >