Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Peningkatan $20j bagi modenkan, tambah kapasiti Terminal Feri Tanah Merah

Feb 02, 2024 | 04:26 PM



Terminal Feri Tanah Merah bakal berwajah baru, dengan projek peningkatannya berjumlah $20 juta sedang dijalankan.

Projek peningkatan itu bertujuan memodenkan kemudahan di terminal tersebut dan meningkatkan kapasiti penumpang melalui automasi dan penggunaan ruang dengan lebih baik.

Dibina pada 1995, terminal tersebut akan menjalani peningkatan secara berperingkat dari Januari hingga Disember 2024, tanpa menjejas perkhidmatan dan jadual feri, kata pengendalinya, Singapore Cruise Centre (SCC), dalam satu kenyataan pada 2 Februari.

Terminal tersebut kali terakhir menjalani pengubahsuaian besar pada 2007, lapor The Straits Times.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SCC, Cik Jacqueline Tan, berkata projek tersebut akan menambahkan kapasiti terminal itu sebanyak 20 peratus kepada lebih tiga juta penumpang, daripada 2.7 juta sekarang.

Apabila siap pada Januari 2025, penumpang boleh menikmati pelbagai ciri baru di terminal tersebut, termasuk pemasangan 20 kios daftar masuk layan diri, empat mesin penyimpanan bagasi, dan lebih banyak pintu masuk pelepasan imigresen automatik – sama seperti yang disediakan di Lapangan Terbang Changi, menurut SCC.

Pelbagai kemudahan baru itu akan mempercepat prosedur berlepas untuk penumpang, tambahnya.

Pada masa ini, penumpang di Terminal Feri Tanah Merah perlu membeli tiket atau menukar tiket dalam talian mereka kepada tiket fizikal di kaunter pengendali feri yang dikendalikan pekerja.

Sekarang terminal itu mempunyai tiga kaunter penyimpanan bagasi yang diuruskan kakitangan, dan gabungan laluan pelepasan imigresen automatik dan kaunter imigresen kendalian kakitangan.

Dengan peningkatan itu, penumpang akan dapat mendaftar masuk sendiri di kios layan diri, meletakkan bagasi mereka di mesin penyimpanan bagasi, dan melepasi imigresen melalui lorong automatik.

Bagaimanapun, kaunter imigresen kendalian kakitangan masih disediakan bagi penumpang yang lebih suka berinteraksi dengan kakitangan.

Selain itu, dewan pelepasan yang direka semula itu akan meningkatkan saiz dan kapasitinya sebanyak 69 peratus, membolehkannya mengisi sekitar 200 lagi penumpang.

Terminal itu juga akan menyediakan dua ruang istirahat untuk penumpang kelas perniagaan, berbanding satu sekarang.

Sebuah kawasan lapang antara dewan ketibaan dengan pelepasan yang tidak digunakan ketika ini akan dijadikan kawasan permainan luar yang boleh dinikmati keluarga yang mempunyai anak kecil, tambah SCC.

Selain itu, orang ramai bakal menikmati kaunter pengendali feri yang dipertingkat bagi pembelian dan pengambilan tiket, di samping lebih banyak kedai makanan dan minuman berhampiran pintu masuk terminal.

Kemudahan tandas di seluruh terminal itu akan juga diubah suai. Semasa kerja peningkatan dari Mac hingga Oktober, tandas kontena sementara disediakan untuk penumpang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >