Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MapleTree dapat kelulusan bina terminal feri sementara di HarbourFront

Pusat HarbourFront mungkin dibangun semula
Nov 28, 2023 | 02:51 PM



Pemaju hartanah Mapletree telah menerima kebenaran daripada pihak berkuasa untuk membina satu terminal feri dan pelayaran sementara di HarbourFront.

Ini memberi laluan kepada kemungkinan pembangunan semula Pusat HarbourFront, yang kini menempatkan terminal feri dan pelayaran.

Menurut laporan The Business Times (BT), Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada 11 September mengeluarkan kebenaran bertulis kepada HarbourFront Four, anak syarikat Mapletree, untuk membina terminal feri dan pelayaran sementara.


Menurut dokumen tersebut, terminal dua tingkat yang disarankan itu akan mempunyai kawasan lantai seluas 17,428.68 meter persegi (sqm) yang boleh digunakan selama sedekad sehingga 11 September 2033.

Kebenaran turut diberikan untuk memindahkan jeti dan jambatan pontun sedia ada di kawasan itu.

Terminal sementara tersebut perlu dirobohkan selepas tempoh perkhidmatannya berakhir kelak.

Ia akan mempunyai jambatan penghubung berbumbung ke jeti berbentuk ‘L’ yang menjadi terminal penumpang di Pusat HarbourFront ketika ini.

Pada masa ini, ia menyediakan khidmat pelayaran antarabangsa dan khidmat feri ke kawasan di rantau ini seperti Batam.

Ia juga dirancang mempunyai laluan berbumbung ke HarbourFront Tower One – sebuah bangunan pejabat dan salah satu daripada beberapa hartanah di HarbourFront dalam portfolio Mapletree, yang dimiliki sepenuhnya oleh firma pelaburan negara Temasek.

Pada 2023, Mapletree telah menerima kebenaran sementara daripada URA untuk membangun semula Pusat HarbourFront yang kini berusia lebih 40 tahun, dengan tujuan menjadikan pusat itu sebuah pembangunan merangkumi ruang pejabat dengan keluasan lantai kasar (GFA) seluas 101,326 sqm dan ruang runcit seluas 42,000 sqm.

Pada masa ini, pusat itu mempunyai GFA sebanyak 97,700 sqm, dengan ruang seluas 66,200 sqm yang boleh disewakan.

Pusat HarbourFront 13 tingkat itu adalah satu pembangunan pejabat dan runcit yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Dagangan Dunia (WTC).

WTC siap dibina pada 1978 sebelum diubah elok dan dibuka semula pada awal 2000 dengan reka bentuk sekarang.

Ditanya mengenai rancangan Mapletree bagi Pusat HarbourFront dan pembinaan terminal feri sementara itu, jurucakap syarikat itu berkata ia memulakan “usaha penerokaan untuk menilai idea dan rancangan baru bagi aset kami” dari masa ke masa.

“Kami tidak mempunyai rancangan pasti untuk Pusat HarbourFront pada peringkat ini,” kata jurucakap itu.

Ketika dihubungi, pengerusi Pusat Pelayaran Singapura (SCC), Encik Loh Lik Peng, akur mengenai rancangan bagi terminal sementara itu, namun berkata perinciannya belum diketahui sepenuhnya, menurut BT.

SCC, anak syarikat milik penuh Mapletree, mengendali Terminal Penumpang HarbourFront, di samping terminal feri di Tanah Merah dan Pasir Panjang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >