Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID AR-RAUDHAH

Peranan tadika masjid bentuk generasi kanak-kanak berakhlak, berilmu

Nov 10, 2023 | 05:30 AM



Peranan penting pendidikan awal kanak-kanak semakin diberi penekanan masyarakat Melayu/Islam di sini demi mempertingkat keupayaan anak-anak dalam penimbaan ilmu daripada usia muda dan mencorak masa depan lebih cerah buat mereka.

Menyedari kepentingan ini, salah satu daya usaha yang dapat merancakkan momentum pendidikan awal kanak-kanak ini adalah menerusi penubuhan Tadika di Masjid, atau Mosque Based Kindergartens (MBK), seperti Prasekolah Masjid Ar-Raudhah.


Beralas prinsip keimanan dan kemasyarakatan, sistem pendidikan tadika di masjid ini menawarkan persekitaran yang memupuk serta membangunkan kemahiran penting murid.

Dalam membincangkan manfaat Mosque Based Kindergartens, Pengetua Prasekolah Masjid Ar-Raudhah, Cik Ruqaiyah Sapuan, berkata pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan penting dalam diri kanak-kanak, ibu bapa dan masyarakat.

Ujar Cik Ruqaiyah:

“Tadika di Masjid membuka peluang kepada kanak-kanak untuk membentuk identiti budaya dan agama yang kukuh melalui pembelajaran mereka dan pemupukan nilai Islam menerusi sukatan pelajaran yang disampaikan.

“Tadika ini juga berfungsi sebagai pusat tumpuan kegiatan masyarakat, memupuk semangat kekitaan dan menyemarakkan perpaduan keluarga. Menerusi peranan yang dimainkan Prasekolah Masjid Ar-Raudhah, kami bukan hanya memberi tumpuan terhadap pencapaian akademik, malah kami turut menggalakkan pembangunan menyeluruh kanak-kanak.

“Kami menekankan kepentingan akhlak, etika, perkembangan peribadi serta memupuk nilai memahami perasaan, kebaikan dan sikap saling menghormati.”

Selain itu, kebanyakan Tadika di Masjid juga menawarkan pendidikan dwibahasa, dengan murid-murid bukan sahaja diperkukuh dengan penggunaan bahasa Inggeris atau Melayu, tetapi mereka juga didedahkan dengan bahasa Al-Quran melalui pembacaan surah dan doa-doa harian.

Penggunaan dwibahasa ini sekali gus dapat meningkatkan penguasaan bahasa, di samping membuka ruang kepada budaya yang lebih luas.

Tadika di Masjid turut menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam kegiatan sekolah menerusi pelbagai acara, bengkel dan perkongsian kukuh antara warga pendidik dan ibu bapa.

Seperti prasekolah di Singapura yang lain, Prasekolah Masjid Ar-Raudhah juga dalam persediaan untuk mendapatkan persijilan SPARK (Rangka Kerja Akreditasi Prasekolah Singapura) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan (MOE) pada 2010.

“Dalam memenuhi persediaan yang diperlukan, kami juga mengambil kira kesejahteraan para pendidik di Prasekolah Masjid Ar-Raudhah.

“Justeru, kami menyediakan latihan kepada para guru terlebih dahulu supaya mereka bersedia memenuhi keperluan akreditasi SPARK secara berperingkat.

“Sebagai sebuah pertubuhan bukan pemerintah (NGO), kami cuba sedaya upaya akan memastikan anak-anak muda mendapat pendidikan terbaik bersama guru-guru yang komited dan berkelayakan,” kata Cik Ruqaiyah.

PENDAFTARAN


Pendaftaran Prasekolah Masjid Ar-Raudhah bagi sesi 2024 sudah dibuka dan tempat hampir penuh. Daftar sekarang melalui:

1. Laman Facebook, https://www.facebook.com/ARRKindy/ atau Layari pautan, https://bit.ly/ARRAUDHAH_2024ENROLMENT untuk maklumat lanjut tentang pendaftaran Prasekolah Masjid Ar-Raudhah.

2. Laman, https://linktr.ee/
2024MBK_Enrolment untuk mendaftar di salah satu daripada 15 prasekolah masjid di Singapura.

CARA BERI SUMBANGAN KEPADA MASJID AR-RAUDHAH


1. PayNow: UEN S93MQ0024E. Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp ke talian 9461-4306.

2. Pemindahan bank ke dalam akuan semasa OCBC 501-806368-001.

3. Hantarkan cek atas nama Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah dan kirim ke Masjid Ar-Raudhah, 30 Bukit Batok East Ave 2, Singapura 659919.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >