Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Permohonan dua pendakwah Kristian berucap di S’pura ditolak

Sep 09, 2017 | 02:06 PM



PERMOHONAN dua pendakwah Kristian asing untuk berucap di Singapura telah ditolak, kerana mereka mengutarakan pendapat yang menyinggung perasaan agama lain, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) kelmarin.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM), selepas berunding dengan MHA, menolak permohonan mereka bagi pas kerja jangka pendek yang diperlukan untuk berucap di Singapura.



“Kededua pendakwah telah membuat komen yang memburuk-burukkan dan bersifat menghasut ke atas agama lain,” kata MHA dalam kenyataan, selepas Menteri Kementerian Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam berkongsi tentang perkara ini di sebuah forum pada hari yang sama.



Menurut Encik Shanmugam, kenyataan yang dibuat oleh kededua pendakwah itu di luar Singapura bersifat Islamofobia dan pihaknya mengambil keputusan untuk tidak membenarkan mereka ke sini.



Dalam kenyataannya, MHA berkata salah seorang pendakwah pernah menyifatkan Allah sebagai ‘tuhan palsu’ dan menggesa pengikutnya berdoa untuk mereka yang ‘ditahan dalam kegelapan Islam’.



Menggunakan perkataan bahasa Ibrani, pendakwah ini juga menyifatkan penganut agama Buddha sebagai orang yang ‘kehilangan, tidak berdaya, keliru dan ketandusan rohani’, menurut MHA dalam kenyataannya.



Seorang lagi pendakwah pula menggambarkan Islam dengan perkataan seperti ‘kejahatan Islam’ dan ‘unsur Islam dan Mohammed yang berniat jahat’.



Beliau juga berkata Islam ‘bukan agama keamanan’ dan ia adalah ‘agama yang amat keliru’ dan berminat ‘menakluki dunia’ dan adalah ‘agama yang berdasarkan... dan berpegang teguh kepada undang-undang ketat dan zalim, yang selalu tertumpu kepada peperangan dan pengabdian”



Kata MHA: “Pengajaran seperti ini tidak boleh diterima dalam masyarakat Singapura yang berbilang agama dan kaum, dan Pemerintah tidak akan membenarkan pendakwah dari sebarang agama untuk mengutuk sebarang agama lain atau menyebarkan pandangan buruk antara agama.”



“Ini adalah demi mempertahankan harmoni sosial dan perpaduan yang telah dibina dengan susah sejak Singapura merdeka,” tambahnya dalam kenyataan itu.



Pas yang diperlukan ini adalah untuk warga asing yang ingin bertugas bagi tempoh kurang 60 hari di Singapura, termasuk penceramah di persidangan, pekerja keagamaan atau wartawan.



Warga asing yang berharap memberi ceramah berkaitan agama, kaum atau politik perlu mendapatkan MWP, menurut MHA dalam kenyataannya.



Pemberian MWP kepada seseorang warga asing ialah ‘satu keistimewaan’ dan bukan satu hak’, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >