Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Peserta program SkillsFuture berkurang walau penyertaan majikan naik

Mar 22, 2024 | 05:10 PM



Bilangan peserta program latihan yang disokong oleh SkillsFuture Singapura (SSG) pada 2023 berkurang berbanding setahun lalu.

Perangkaan SSG menunjukkan sekitar 520,000 orang menyertai program latihan tersebut pada 2023 – turun daripada 560,000 orang pada 2022.

Pada masa yang sama, lebih banyak majikan menaja pekerja mereka untuk latihan – kira-kira 23,000 syarikat menghantar 228,000 pekerja untuk latihan sedemikian pada 2023, meningkat daripada 20,000 syarikat dan 168,000 pekerja pada 2022, kata agensi itu dalam kemas kini tahunannya pada 22 Mac.

Daripada jumlah keseluruhan orang yang memanfaatkan program latihan SSG, kira-kira 200,000 adalah pekerja pertengahan kerjaya, meningkat sebanyak 28 peratus daripada 2022, lapor The Straits Times.


Ketua eksekutif SSG, Encik Tan Kok Yam, berkata kemerosotan bilangan orang yang menyertai program yang disokong SSG adalah disebabkan oleh pasaran buruh yang lebih ketat yang menyaksikan terdapat kurang tekanan untuk meningkatkan kemahiran berbanding dengan tempoh Covid-19.

Tetapi, beliau menambah bahawa peningkatan dalam syarikat yang menghantar pekerjanya untuk program latihan adalah menggalakkan, dengan 97 peratus daripada mereka adalah perusahaan kecil dan sederhana.

Memandangkan lebih banyak sokongan untuk pekerja pertengahan kerjaya tersedia, termasuk Program Peningkatan Tahap SkillsFuture yang diumumkan semasa Belanjawan 2024, bilangan penyertaan pekerja berusia 40 tahun ke atas dijangka meningkat, kata Encik Tan.

“Kami melihat bahawa terdapat permintaan, dan keperluan oleh pekerja pertengahan kerjaya, dan ini menunjukkan bahawa lebih ramai daripada mereka mengambil peningkatan kemahiran dengan serius,” tambahnya.

Bilangan kursus Program Peralihan Kerjaya SkillsFuture meningkat kepada 180 pada 2023 – naik daripada 82 pada 2022, kata SSG.

Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, pekerja pertengahan kerjaya akan menerima tambah nilai $4,000 kredit SkillsFuture pada Mei, serta subsidi untuk melanjutkan pengajian diploma sepenuh masa di politeknik, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan institusi seni mulai tahun akademik 2025 .

Mereka yang berusia 40 tahun ke atas juga akan diberi elaun latihan bulanan apabila mereka mendaftar dalam kursus sepenuh masa terpilih mulai 2025, untuk mengimbangi kehilangan sebahagian pendapatan daripada mengambil cuti kerja.

Daripada keseluruhan 520,000 individu yang menyertai program latihan yang disokong SSG pada 2023, 192,000 menggunakan Kredit SkillsFuture masing-masing.

Majoriti, iaitu 95 peratus, daripada mereka menggunakan kredit untuk kursus khusus bagi sektor industri, manakala selebihnya menggunakannya untuk kursus lebih umum – seperti membuat roti dan menjahit anjuran Persatuan Rakyat.

Kursus berkaitan kemahiran dalam sektor digital, makanan dan minuman serta keselamatan mempunyai kadar penyertaan tertinggi dalam kalangan rakyat Singapura yang menggunakan Kredit SkillsFuture mereka.

Ini adalah antara lebih 5,000 kursus yang tersedia pada 2023, peningkatan daripada 2,800 kursus pada 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >