Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee akan buat lawatan kerja ke New York

Jan 23, 2024 | 7:56 PM
LAWATAN KERJA: Perdana Menteri Encik Hsien Loong akan membuat lawatan kerja empat hari ke New York. Gambar menunjukkan Encik Lee (kiri) berada di Amerika semasa beliau menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Apec ke-30 di San Francisco pada November 2023.
LAWATAN KERJA: Perdana Menteri Encik Hsien Loong akan membuat lawatan kerja empat hari ke New York. Gambar menunjukkan Encik Lee (kiri) berada di Amerika semasa beliau menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Apec ke-30 di San Francisco pada November 2023. - Foto : AFP

Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan membuat lawatan kerja empat hari ke New York dari 24 hingga 27 Januari.

Dalam satu kenyataan pada 23 Januari, Pejabat Perdana Menteri (PMO) menyatakan Encik Lee akan ditemani isterinya, Cik Lee dan para pegawai daripada PMO serta Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Semasa ketiadaan Encik Lee, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Lawrence Wong akan menyandang peranan Pemangku Perdana Menteri.

Encik Lee kali terakhir mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat pada November 2023, semasa beliau menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) ke-30 di San Francisco atas undangan Presiden Amerika Joe Biden.

Semasa lawatannya itu, Encik Lee turut bertemu Gabenor California, Encik Gavin Newsom dan pemimpin perniagaan firma terkemuka Amerika, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Alphabet, Encik Sundar Pichai, serta CEO Apple, Encik Tim Cook.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg