Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID AR-RAUDHAH

Program bermalam di masjid perkasa pembangunan belia

Oct 13, 2023 | 05:30 AM



Masjid Ar-Raudhah sangat komited dalam menggerakkan daya usaha pembangunan belia di Singapura, khususnya menerusi Belia Ar-Raudhah yang turut dinamakan sebagai Al-Fateh Ar-Raudhah.

Memandangkan belia memainkan peranan penting dalam masyarakat, usaha merangka pelbagai program berpandukan keperluan semasa telah dianjurkan Masjid Ar-Raudhah demi melengkapkan golongan belia dengan ilmu, akhlak dan nilai terunggul.

FOKUS PEMANTAPAN ROHANI DAN FIZIKAL

Pegawai Pembangunan Belia Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Muhammad Haziq Rahman, berkata Masjid Ar-Raudhah mengutamakan aspek kerohanian dan fizikal golongan belia bagi memperkasa peranan belia dalam masyarakat.

Sebagai pengisian rohani generasi muda, Masjid Ar-Raudhah menjalankan program usrah bulanan yang menekankan tajuk perbincangan ‘Perfecting The 5’.

Dalam usrah tersebut, peserta akan dibimbing tentang cara pelaksanaan solat fardu lima waktu dengan sempurna oleh Penolong Ketua, Penglibatan Masyarakat & Pembangunan Dakwah Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Ahmad Syarif Senewi.

PROGRAM BULANAN
‘AL-FATEH SLEEPOVER’

Selain itu, Belia Ar-Raudhah juga menyediakan program Al-Fateh Sleepover yang akan diadakan setiap bulan di Dewan Yam, Masjid Ar-Raudhah.


Ustaz Muhammad Haziq menjelaskan:

“Program Al-Fateh Sleepover yang mengajak golongan belia mendekati masjid dengan bermalam di Masjid Ar-Raudhah ini disertakan pelbagai kegiatan seperti tazkirah ringkas oleh asatizah jemputan dengan bertemakan kisah nabi pilihan.


“Bagi program Sleepover yang diadakan pada 13 Oktober hingga 14 Oktober ini, kami menjemput Ustaz Haziq Yasin sebagai asatizah jemputan dengan tema pilihan kisah Nabi Musa. Ustaz Haziq merupakan Pegawai Dakwah Masjid di Masjid Ahmad dan berkelulusan Universiti Yarmouk di Jordan.


“Program Al-Fateh Sleepover yang menyasarkan belia berumur 15 tahun ke atas ini juga dipenuhi dengan kegiatan qiamullail dan bacaan Al-Ma’thurat pada paginya, selepas selesai melaksanakan solat subuh secara berjemaah.”


MAHU BELIA BERSIAP SEDIA

Usaha mendekati golongan belia seperti itu dianggap satu pelaburan besar oleh Masjid Ar-Raudhah dalam memastikan kesiapsiagaan golongan belia Islam ini untuk menghadapi cabaran dakwah dan kehidupan.

Menurut Ustaz Muhammad Haziq, Masjid-Ar-Raudhah ingin membentuk para belia yang dapat mengimbangi perkembangan dunia dengan kehidupan, selaras dengan tuntutan yang dibenarkan syarak.

“Kami tidak mahu mereka ketinggalan dalam arus teknologi globalisasi hari ini. Oleh itu, penting bagi Masjid Ar-Raudhah bertindak sebagai saluran yang boleh memantapkan kemampuan golongan belia sebagai pelapis negara pada masa hadapan kelak.

“Malah, Masjid Ar-Raudhah membuka ruang sebesar-besarnya kepada golongan belia untuk menyerlahkan potensi, menyuarakan pandangan, menyumbang idea bersama melalui platform Al-Fateh Ar-Raudhah,” kata Muhammad Haziq.

HARAP TERUS DISAMBUT

Sebagai tenaga pembimbing Al-Fateh Ar-Raudhah, Ustaz Muhammad Haziq turut mengharapkan golongan belia terus mendekatkan hati mereka kepada Islam dengan melakukan banyak amal ibadah di rumah Allah swt dan mengajak rakan-rakan lain agar turut menyokong program Al-Fateh Ar-Raudhah.


“Program-program yang disediakan untuk para belia ini, tak lain tak bukan, pasti untuk mengajak mereka mencintai masjid dan mendekatkan diri kepada Allah swt.


“Kami juga menyediakan program-program ini supaya mereka rasa seronok untuk datang ke masjid bersama rakan-rakan mereka.

“Alhamdulillah, Al-Fateh Ar-Raudhah mendapat sambutan yang baik daripada golongan belia dalam setiap program yang dijalankan.

“Semoga usaha ini akan terus mendapat sambutan yang menggalakkan para belia di luar sana,” ujarnya.

CARA MENDERMA KEPADA MASJID AR-RAUDHAH


1. PayNow ke UEN S93MQ0024E. Isikan ‘Infak MUP’ dalam ruangan ‘rujukan’. Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp ke talian 9461-4306.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 501-806368-001.

3. Cek atas nama ‘Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah’ yang beralamatkan 30 Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919.

4. Wakaf melalui arraudhahmosque.mimbar.sg

5. Imbas kod QR yang disediakan.

6. Hubungi talian +65-6899-5840 atau layari arraudhahmosque.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >