Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID AR-RAUDHAH

Masjid tawar kursus pengajian Islam peringkat sijil dan diploma

Aug 25, 2023 | 05:30 AM



Selain daripada program Raudhatul Quran 5M (Membaca, Menulis, Menghafal, Memahami dan Menghayati Al-Quran), Masjid Ar-Raudhah turut menawarkan Kursus Pengajian Tinggi Separuh Masa sebagai agenda memperkasa pengetahuan agama, mempertingkat akidah dan memperbaiki akhlak masyarakat.

Menurut Ketua Jabatan Al-Quran dan Madrasah Masjid Ar-Raudhah, Ustazah Zakiah Abdul Razak, penyertaan kursus ini dibuka kepada golongan belia, orang dewasa dan warga emas yang berminat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan agama.

Oleh itu, terdapat beberapa kursus pembelajaran yang ditawarkan oleh Masjid Ar-Raudhah dalam usaha membangunkan masyarakat Islam yang lebih bermutu, bersumberkan Al-Quran dan sunah.

SIJIL ASAS PENGAJIAN ISLAM AR-RAUDHAH (SAPIA)

Antaranya, Masjid Ar-Raudhah menawarkan Sijil Asas Pengajian Islam Ar-Raudhah (SAPIA), yang menyediakan modul pembelajaran asas seperti Aqidah, Fiqah Thoharah, Fiqah Ibadah, Hadis, Tafsir dan Sirah Nabawiyyah untuk memenuhi keperluan mereka yang tidak berpeluang melalui pembelajaran secara formal.

Ustazah Zakiah memberitahu bahawa program ini menekankan aspek kefahaman dan penghayatan agama yang dapat diterapkan dalam kehidupan harian. Jelasnya:

“Dengan mengikuti program ini, peserta dapat mengetahui dasar agama secara menyeluruh dan memahami ajaran agama Islam dengan lebih jelas bagi membolehkan pembelajaran agama tersebut diamalkan sebaiknya.”

Program yang diadakan secara bermodul selama setahun ini juga termasuk pembelajaran selama seminggu sekali selama dua jam. Setiap modul mengambil masa enam minggu sahaja untuk diselesaikan.

SIJIL PENGAJIAN ISLAM AR-RAUDHAH (SPIA) DAN DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM AR-RAUDHAH (DPIA)

Di samping menawarkan pengajian teras seperti pengajian Tafsir, Hadis, dan Fiqah, Sijil Pengajian Islam Ar-Raudhah (SPIA) pula menawarkan beberapa pengajian yang mempunyai aspek aplikasi dan kefahaman berdasarkan keadaan dan kehidupan semasa seperti Tasawwur Islam, Sejarah Tamadun Islam dan Sejarah Pendidikan Islam.

Pengajian ini sesuai untuk peserta yang sudah mengikuti pengajian fardu ain peringkat asas di pelbagai institusi pengajian Islam separuh masa. Pembelajaran secara bermodul ini juga mengambil masa kira-kira tujuh sesi pengajian, yang melibatkan pembelajaran tiga jam dalam seminggu selama dua tahun.

Program Diploma pengajian Islam Ar-Raudhah (DPIA) selama tiga tahun pula merupakan lanjutan daripada SPIA. Peserta daripada program Diploma ini berkelayakan meneruskan pengajian Islam mereka ke peringkat Sarjana Muda selepas tamat dan lulus kesemua modul yang ditawarkan.

PENDAFTARAN UJIAN KEMASUKAN MADRASAH (MET)

Sehubungan itu, Masjid Ar-Raudhah juga membuka semula pendaftaran Ujian Kemasukan Madrasah (MET) bagi sesi Januari 2024, setelah operasinya ditutup selama empat tahun disebabkan Covid-19 yang melanda.

“Pada 2024, kami menyasarkan untuk membantu dan membimbing anak-anak tadika satu selama setahun tiga bulan, untuk melayakkan mereka mengambil peperiksaan Ujian Kemasukan Madrasah pada 2025.

“Kemasukan ini membuka ruang kepada anak-anak yang mahu ke madrasah sepenuh masa, terutamanya anak-anak di kawasan barat daya Singapura. Untuk kemasukan sesi 2024 ini, pendaftaran akan dibuka pada 31 Oktober 2023 ini,” jelas Ustazah Zakiah.

ALU-ALUKAN PENYERTAAN PESERTA

Ustazah Zakiah menambah, Masjid Ar-Raudhah sangat mengalu-alukan kedatangan pelajar dengan bersama-sama meraikan ilmu asas pendidikan agama melalui Kursus Pengajian Tinggi Separuh Masa.

Beliau menyatakan:

“Dengan berumbikan asas kefahaman dan pengetahuan agama, ia dapat melindungi masyarakat Islam daripada cabaran kehidupan dunia tanpa sempadan.

“Oleh itu, saya amat menggalakkan penyertaan masyarakat Islam, khususnya golongan belia, yang ingin mendalami ilmu sepanjang hayat ini sebagai langkah penting dalam memperbaiki asas pendidikan Islam dan meningkatkan penghayatan agama pada hari ini.”

CARA MENDERMA KEPADA MASJID AR-RAUDHAH


1. PayNow ke UEN S93MQ0024E. Isikan ‘Infak MUP’ dalam ruangan ‘rujukan’. Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp ke talian 9461-4306.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 501-806368-001.

3. Lampirkan cek atas nama ‘Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah’ dan kirimkan ke alamat 30 Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919.

4. Imbas kod QR yang disediakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >