Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID DARUL MAKMUR

Program masyarakat diteruskan sewaktu naik taraf masjid

Jan 12, 2024 | 05:30 AM



Masjid Darul Makmur genap berusia 37 pada 2024 ini dan banyak perubahan serta peningkatan yang perlu dilaksanakan agar terus kekal relevan dan sesuai dengan keperluan dan kehendak jemaah.

Sebelum penutupan masjid pada Mei 2023, jemaah Masjid Darul Makmur melimpah hingga ramai yang terpaksa solat di kawasan terbuka masjid dan juga kolong blok kejiranan sewaktu solat Jumaat dan solat Hari Raya yang lalu.

Pembangunan masjid yang terletak di Yishun Avenue 2 itu diusahakan oleh ahli jawatankuasa pembinaan, sukarelawan dan pemimpin masyarakat di kejiranan Yishun pada 1984.

Sokongan yang diberikan oleh masyarakat di kawasan perumahan yang baru ketika itu amat menggalakkan.

Masjid Darul Makmur telah dibuka secara rasmi pada Julai 1987.

Demi meneruskan legasi pemimpin terdahulu, ahli Lembaga Pentadbir Masjid Darul Makmur bagi penggal ke-15 bersama warga kerja masjid sepenuh masa sedang giat mengumpul dana untuk menampung kos bagi peningkatan masjid yang sedang dijalankan.

Antara tumpuan utama sewaktu proses peningkatan ini adalah menyediakan sebuah lif untuk memudahkan jemaah bergerak dari aras satu ke aras tiga.

Buat masa ini, masjid yang dikenali dengan cogan kata ‘Masjid Tanpa Sempadan’ itu tidak mempunyai lif dan jemaah yang hadir dari aras satu perlu menaiki tangga hingga ke aras tiga.

Buat masa ini, masjid tersebut dapat menampung sekitar 3,000 jemaah setiap waktu solat dan pihak masjid merancang menambah jumlah jemaah yang boleh ditampung ruang solat kepada lebih 4,600 jemaah.

Buat masa ini juga terdapat 1,000 pelajar madrasah aLIVE yang mengikuti program madrasah mingguan.

Ini adalah fokus utama sementara peningkatan masjid dijalankan selain memastikan ruang masjid dan kelas pengajian yang lebih selesa serta ruang yang mudah digunakan oleh warga emas.

Buat masa ini, ruang solat dan kelas pengajian madrasah amat terhad.

Walaupun masjid sedang ditutup bagi kerja peningkatan, petugas masjid masih lagi menjalankan pelbagai kegiatan untuk mendampingi masyarakat selain daripada usaha pengumpulan dana.

Acara terkini yang bakal diadakan ialah Program Fiqh Kehamilan.

Pegawai Eksekutif Dakwah Masjid, Ustazah Siti Maisarah Mohd Ismail, berkata:

“Matlamat program Fiqh Kehamilan ini adalah untuk mendidik golongan ibu bapa muda yang bakal menimang cahaya mata supaya mereka dilengkapi dengan ilmu dan panduan keibubapaan.

“Program ini dikendalikan oleh pakar dalam bidang kehamilan dan juga kaunselor dengan berkongsi panduan agar ibu bapa lebih bersedia secara emosi dan mental sebelum mereka menimang cahaya mata.”

Menurut pihak masjid, acara bersiri ini merangkumi aspek keagamaan dan juga bimbingan untuk mengawal emosi.

“Alhamdulillah, siri yang diadakan secara edisi berpasangan telah diadakan pada Oktober 2023 dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan oleh golongan ibu bapa muda.

“Mereka amat tertarik dengan pengisian yang diberikan oleh pembimbing kesihatan. Insya-Allah, siri kedua yang akan diadakan pada 13 Januari 2024 akan membincangkan tentang perihal setelah melahirkan dan mengawal masalah kemurungan selepas bersalin.

“Pihak masjid mengalu-alukan kehadiran bakal ibu bapa bagi siri kedua ini,” ujar Ustazah Siti Maisarah.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh ke laman Facebook Masjid Darul Makmur.

Dengan dana $5 juta yang masih ingin dikumpulkan, Masjid Darul Makmur juga akan menganjurkan acara Hi-Tea Amal bagi dana peningkatan masjid pada 20 Januari 2024.

Sesi itu akan disertakan dengan acara ‘Talk-Show’ yang akan disampaikan oleh asatizah mapan yang telah berbakti lebih 30 tahun di Masjid Darul Makmur iaitu Ustazah Suhanah Ahmad, serta mantan Mufti Singapura, Ustaz Mohamed Fatris Bakaram.

Acara perbincangan, atau ‘talk-show’, secara santai itu akan membicarakan topik mengenai keluarga, khususnya mengenai hubungan antara mentua dengan menantu.

Pihak masjid berharap masyarakat dapat menyokong usaha pengumpulan dana peningkatan masjid dengan menyokong acara Hi-Tea Amal itu.

HULUR DERMA


Sumbangan derma bagi Projek Peningkatan Masjid Darul Makmur boleh dilakukan melalui:

1. PayNow ke UEN: S87MQ0033J (Rujukan: Wakaf/Infak).

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 581-652138001 (Rujukan: Wakaf/Infak).

3. Melalui cek atas nama ‘MASJID DARUL MAKMUR’ dan dihantar melalui pos ke alamat 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099.

4. Hubungi pihak Masjid di talian 6752-1402 bagi pengambilan derma $500 ke atas dari rumah.

5. Kaunter sementara pada waktu pejabat ialah di Masjid Assyafaah (1 Admiralty Lane, Singapura 757620).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >