Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

SUSULAN PILIHAN RAYA NEGERI

Sanusi mahu buka lembaran baru dengan Kerajaan Persekutuan

Putrajaya tidak boleh hukum rakyat Kedah kerana pilih PN dalam PRN15
Aug 14, 2023 | 04:09 PM



Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhasrat membuka lembaran baru dalam hubungan dengan Kerajaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat negeri Kedah.

Bercakap kepada pemberita dalam sidang media di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman pada 14 Ogos selepas mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, di Istana Anak Bukit, beliau berkata:

“Saya bersedia membuka lembaran baru (hubungan antara Kerajaan Negeri Kedah dengan Kerajaan Persekutuan).

“Kalau mereka bersedia, alhamdulillah... kalau mereka masih menyimpan dalam hati, saya tak tahu.

“Mana boleh simpan dalam hati dalam hal pemerintahan kerajaan... kena ikut prosedur kerajaan.”

Menjawab soalan sama ada hubungan beliau dengan kepimpinan Kerajaan Persekutuan bakal menjejas pembangunan Kedah, Datuk Muhammad Sanusi, 49 tahun, berkata perkara itu sepatutnya tidak boleh berlaku.

Beliau juga menambah bahawa Kerajaan Persekutuan tidak boleh menghukum rakyat Kedah kerana memilih Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) pada 12 Ogos.

PN menikmati kemenangan besar di Kedah dengan memenangi 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

“Tak kan pilihan rakyat nak dimarah pulak... rakyat Kedah pilih PN... macam mana boleh macam tu (hukum rakyat Kedah), ini demokrasi.

“Jangan menghukum orang kerana itu... tidak boleh, berdosa. Kita beri rakyat memilih, kemudian rakyat membuat pilihan... selepas itu, kita hukum dia... ingat dosa pahala sama,” katanya.

Menurut Datuk Muhammad Sanusi, agenda pertama yang akan diberi tumpuan adalah menyusun Kabinet Negeri Kedah dan pelantikan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah, yang dijangka diselesaikan dalam minggu ini.

“Kami akan mengadakan mesyuarat pada petang ini, dan saya akan tengok nama yang dicadangkan sebelum memilih mereka yang mampu melaksana serta menterjemahkan Pelan Pembangunan Kedah 2035,” ujar beliau.

Mengenai cabaran memegang jawatan Menteri Besar pada penggal ini, yang disifatkannya sebagai cabaran lebih besar buat dirinya, Datuk Muhammad Sanusi, yang mula menjadi MB pada 2020, berkata:

“Saya jadi takut kerana harapan terlalu tinggi... takut tidak tercapai hasrat rakyat, tetapi saya berazam untuk bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negeri, sedaya upaya.

“Kami ada 32 ADUN (33 kesemuanya termasuk saya) daripada pelbagai latar belakang dan mereka juga sudah pasti mempunyai azam yang sama untuk memberi khidmat bakti sepenuhnya kepada negeri dan rakyat Kedah,” tambahnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >