Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sembunyi dadah dalam patung singa: Lelaki Hong Kong didakwa

Jul 19, 2024 | 5:58 PM
Sekitar 4.15 kilogram dadah jenis ‘methamphetamine’, biasanya dikenali sebagai Ice, ditemui tersembunyi di dalam struktur asas dua patung singa.
Sekitar 4.15 kilogram dadah jenis ‘methamphetamine’, biasanya dikenali sebagai Ice, ditemui tersembunyi di dalam struktur asas dua patung singa. - Foto CNB

Seorang warga Hong Kong telah didakwa mengedar dadah kerana mempunyai kaitan dengan kes methamphetamine bernilai kira-kira $500,000 yang ditemui tersembunyi di dalam dua patung singa hiasan.

Sze Hoi Shing, 25 tahun, didakwa di mahkamah daerah pada 18 Julai. Dia mungkin berdepan hukuman mati jika disabitkan dengan kesalahan itu, lapor The Straits Times.

Menurut dokumen mahkamah, Sze berada di luar pejabat syarikat perkapalan SF Express di Changi South Street 2 sejurus selepas 12.20 tengah hari pada 16 Julai, apabila dia didakwa memiliki empat paket bahan kristal seberat lebih 4.15 kilogram.

Bahan itu dipercayai methamphetamine, biasanya dikenali juga sebagai Ice atau Syabu.

Biro Narkotik Pusat (CNB) berkata Sze ditahan pada hari itu selepas dia memasukkan bungkusan yang mengandungi patung-patung itu di sebuah gudang pengangkutan udara.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, CNB berkata penahanan itu dibuat selepas pertukaran maklumat risikan dengan rakan sejawatannya di Hong Kong.

Menurut CNB, adalah menjadi satu kesalahan mengedar dadah terkawal, atau menawarkan untuk mengedarkan dadah itu bagi pihak sesiapa sahaja.

Ia juga merupakan satu kesalahan menjalankan, menawarkan atau melakukan apa-apa perbuatan, sebagai persediaan kepada atau untuk tujuan mengedar dadah terkawal.

CNB menyatakan dalam laman webnya bahawa pesalah yang disabitkan kesalahan mengedar, mengimport atau mengeksport lebih daripada 250 gram methamphetamine mungkin berdepan hukuman mati.

Kes Sze telah ditangguhkan kepada 25 Julai.

Dalam satu kes berasingan pada 12 Jun, dua lelaki warga Singapura berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor, atas tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat kasar 58.6 kilogram di Iskandar Puteri, Johor.

Tertuduh, Ee Choong Kiat, 36 tahun, dan Tan Xiao Wei, 49 tahun, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin, di hadapan Majistret R Salini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg