Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga asing sembunyikan 4kg dadah dalam patung singa ditahan

Jul 18, 2024 | 2:26 PM
Suspek ditahan di sekitar Changi South sejurus selepas dia memasukkan bungkusan mengandungi patung singa di gudang pengangkutan udara di kawasan yang sama.
Suspek ditahan di sekitar Changi South sejurus selepas dia memasukkan bungkusan mengandungi patung singa di gudang pengangkutan udara di kawasan yang sama. - Foto CNB
Patung singa hiasan digunakan untuk menyembunyikan 4.15 kilogram dadah syabu, yang dirampas dalam operasi CNB pada 16 Julai.
Patung singa hiasan digunakan untuk menyembunyikan 4.15 kilogram dadah syabu, yang dirampas dalam operasi CNB pada 16 Julai. - Foto CNB

Seorang warga asing berusia 25 tahun yang disyaki mengedar dadah telah ditahan pada 16 Julai, menyusuli pertukaran maklumat risikan antara Biro Narkotik Pusat (CNB) dengan rakan sejawatannya di Hong Kong pada hari yang sama (16 Julai).

Kira-kira 4.15 kilogram ‘Ice’, atau methamphetamine yang juga dikenali sebagai syabu, dengan nilai jalanan kira-kira $500,000, ditemui tersembunyi di dalam struktur asas dua patung singa hiasan, kata CNB pada 18 Julai dalam satu kenyataan kepada akhbar, The Straits Times.

Suspek itu ditahan di sekitar Changi South sejurus selepas dia meletakkan satu bungkusan yang mengandungi patung-patung singa itu di gudang pengangkutan udara di kawasan yang sama.

CNB tidak mendedahkan kewarganegaraan atau jantinanya.

Menurut CNB, adalah satu kesalahan untuk mengedar dadah terkawal, atau menawarkan untuk mengedarkan dadah itu bagi pihak sesiapa sahaja, kata CNB.

Ia juga merupakan satu kesalahan untuk menjalankan atau menawarkan melakukan apa-apa perbuatan, sebagai persediaan kepada atau untuk tujuan mengedar dadah terkawal.

Sesiapa yang didapati bersalah mengedar lebih daripada 250 gram syabu boleh berdepan hukuman mati mandatori.

CNB berkata, siasatan terhadap kegiatan dadah suspek itu sedang dijalankan.

Mengucapkan terima kasih kepada Biro Narkotik Pasukan Polis Hong Kong atas perisikannya, timbalan pengarah operasi CNB, Encik Leon Chan, berkata sindiket dadah beroperasi tanpa mengira sempadan, dan akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja di mana-mana untuk mendapatkan keuntungan.

“Dalam menghadapi penjenayah seperti itu, agensi penguatkuasaan undang-undang mesti bekerjasama rapat antara satu sama lain,” katanya.

CNB akan bekerjasama dengan rakan rapatnya “untuk meleburkan sindiket dadah sedemikian yang mendapat keuntungan daripada kesengsaraan yang ditimpakan kepada orang lain, dan membawa mereka ke muka pengadilan”, tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg