Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Serangan peluru berpandu di Timur Tengah burukkan ketegangan di Gaza

Jan 21, 2024 | 06:06 PM



WASHINGTON/BAGHDAD: Serangan peluru berpandu ke atas Iraq, Lebanon, Syria dan Yaman pada 20 Januari telah menambahkan risiko perang di Gaza merebak menjadi konflik serantau lebih luas melibatkan Iran dan sekutunya memerangi Israel dan Amerika Syarikat.


Iran berkata lima anggota daripada pasukan Pengawal Revolusinya terbunuh dalam satu serangan peluru berpandu ke atas sebuah rumah di Damsyik dan menyalahkan Israel melakukan serangan itu.

Sumber keselamatan di Lebanon berkata serangan Israel di Damsyik itu telah membunuh seorang anggota kumpulan Hezbollah yang disokong Iran.

Pada 20 Januari, beberapa peluru berpandu dan roket yang dilancar oleh kumpulan di Iraq yang disokong Iran, yang menyasarkan tentera Amerika, mengena pangkalan udara al-Asad, menurut Kawalan Pusat Amerika.

Sebilangan kakitangan Amerika dipindahkan dan diperiksa kerana kemungkinan mengalami kecederaan traumatik otak selepas serangan itu.  

Seorang anggota perkhidmatan Iraq turut cedera.

Amerika juga berkata ia berjaya menyekat satu peluru berpandu milik kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman yang disasarkan ke Laut Merah, kerana dikatakan menjadi ancaman kepada khidmat perkapalan.

Konflik di Gaza bermula apabila kumpulan Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober 2023.

Israel menyerang pelbagai sasaran di seluruh Gaza pada 20 Januari. Pada masa sama, pesawatnya menggugurkan risalah di selatan Rafah yang meminta rakyat Palestin membantu mengesan tebusan yang ditahan Hamas, menurut penduduk Gaza.

Hamas adalah sebahagian daripada paksi penentangan yang disokong Iran, iaitu sebuah pakatan serantau merangkumi Hezbollah dari Lebanon, pemerintah Syria pimpinan Presiden Bashar al-Assad, kumpulan Syiah di Iraq dan pemberontak Houthi yang menguasai sebahagian besar Yaman.

Di tengah-tengah ketegangan serantau yang memuncak, Presiden Iran, Encik Ebrahim Raisi, berjanji untuk menghukum Israel atas serangannya di Syria sambil menyifatkannya sebagai “jenayah” yang tidak boleh dibiarkan, menurut kenyataan stesen penyiaran utama Iran, Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB).  

Tiga daripada pegawai Pengawal Revolusinya yang terbunuh dalam serangan Israel itu digelar oleh media negara Iran dengan gelaran hormat bagi pegawai berpangkat jeneral, menggambarkan sasaran serangan itu adalah komander kanan tentera Iran.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, pengeboman sengit Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu, iaitu, di kawasan kendalian Hamas, telah mencetuskan pertempuran di sempadan antara Israel dengan Hezbollah dari Lebanon.


Sejak tiga bulan lalu, Israel juga berulang kali menyerang sasaran Iran di Syria, manakala kumpulan di Syria dan Iraq yang disokong Iran, telah menyerang sasaran Amerika di negara tersebut.


Selain Gaza, konflik tersebut kini memberi kesan antarabangsa, paling ketara di Laut Merah, di mana pemberontak Houthi telah berulang kali menyasarkan kapal yang dikatakan menuju ke Israel atau dikaitkan dengan Israel. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >