Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Shopee gagal halang bekas pekerja sertai firma pesaing

Feb 01, 2024 | 07:12 PM



Firma e-dagang, Shopee Singapore, gagal dalam permohonan di mahkamah untuk menghalang bekas pekerja kanannya daripada menyertai syarikat pesaing, ByteDance, yang mengendali TikTok dan TikTok Shop.

Hakim Kwek Mean Luck menolak dakwaan Shopee Singapore dalam mendapatkan perintah sementara untuk menghalang Encik Lim Teck Yong daripada menerima pekerjaan dengan ByteDance, dan untuk menghalangnya daripada memperoleh pelanggan dan pekerjanya, menurut The Straits Times (ST).


Dalam penghakiman pada 31 Januari, hakim berkata, wadah beli-belah dalam talian itu gagal membuktikan dakwaannya bahawa tindakan Encik Lim yang melanggar syarat “tidak bersaing”, yang menghalangnya bekerja dengan syarikat pesaing, adalah sesuatu yang “bukan remeh”.

Shopee, yang diwakili Encik Clarence Ding Si-Liang dan Cik Ariane Kea Tong daripada JWS Asia Law Corporation, berhujah bahawa Encik Lim memperoleh maklumat semasa menyertai mesyuarat tetap, di mana strategi dan keutamaan syarikat itu untuk semua pasaran telah dikongsi dan dibincangkan.

Hakim Kwek berkata, hujahan bahawa “pengetahuan umum” itu adalah maklumat rahsia yang ingin dilindungi akan membuat Encik Lim tidak dapat bekerja di semua pasaran di mana Shopee beroperasi, walaupun beliau tidak mempunyai maklumat khusus dalam pasaran tersebut sepanjang 12 bulan sebelum meninggalkan syarikat itu.

“Sebenarnya, Lim hanya akan dihalang daripada bekerja dengan mana-mana pesaing Shopee yang pernah berada dalam pasaran Shopee,” ujar beliau.

Beliau turut melahirkan keraguan sama ada hal tersebut boleh dianggap sebagai wajar antara dua pihak atau wajar demi kepentingan awam.

Hakim Kwek juga tidak membenarkan tuntutan alternatif Shopee bagi satu perintah untuk menghalang bekas pekerja syarikat itu daripada mendapat kelebihan secara tidak adil. Tuntutan itu bertujuan menghalang Encik Lim daripada menerima pekerjaan dengan mana-mana pesaing Shopee.

Encik Lim mula bekerja dengan Shopee pada 17 Ogos 2015.

Beliau menandatangani satu perjanjian, termasuk klausa “tidak bersaing”, yang menyatakan beliau tidak akan mencari atau menerima pekerjaan dengan syarikat pesaing selama 12 bulan selepas meninggalkan syarikat itu.

Encik Lim juga bersetuju bahawa dalam tempoh itu, beliau tidak akan memperoleh perniagaan daripada pelanggan atau pekerja Shopee yang berurusan dengannya dalam tempoh setahun sebelum beliau meninggalkan syarikat itu.

Beliau turut membuat perjanjian kerahsiaan.

Sepanjang lapan tahun berkhidmat di syarikat itu, Encik Lim mengambil pelbagai peranan di Shopee, termasuk ketua operasi serantau dan ketua operasi bagi Shopee Brazil.

Beliau meletak jawatan pada Mei 2023, dan mula bekerja dengan ByteDance pada September 2023, sebagai pemimpin dalam pasukan tadbir urus dan pengalaman TikTok Shop.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >