Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

ST terbit risalah galak firma terap amalan hijau

Nov 08, 2023 | 07:20 PM



Pemilik perniagaan boleh memanfaatkan maklumat mengenai cara menerap dan meningkatkan amalan hijau berpandukan risalah baru terbitan The Straits Times (ST) dengan kerjasama syarikat Senoko Energy.


Risalah bulanan berjudul #TakeCharge itu akan disediakan kepada syarikat pelanggan Senoko Energy terpilih dan anggota Persekutuan Pengilang Singapura (SMF) yang melangganinya.


Menurut laporan ST, syarikat yang berminat menerima risalah itu akan juga diberi akses percuma kepada kandungan digital premium ST selama enam bulan.


Risalah itu, antara lain, mengandungi maklumat mengenai trend alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG),  maklumat terkini dan peralihan dalam ESG, serta pembiayaan hijau.

Dalam satu kenyataan pada Rabu (8 Nov), Naib Presiden Kanan Senoko Energy, Encik James Chong, berkata: “Kami menyedari bahawa landskap kemampanan yang sentiasa berubah dan tuntutannya yang kian berkembang kelihatan mencabar dan rumit untuk diharungi dan difahami oleh perniagaan.”

Oleh itu, katanya, kerjasama antara Senoko Energy dengan ST bertujuan membantu perniagaan mengenal pasti kebimbangan yang mungkin wujud dan bersikap lebih proaktif dalam usaha ESG mereka.


Senoko Energy merupakan salah satu pembekal elektrik terbesar Singapura.

Mulai tahun kewangan 2022, Bursa Singapura (SGX) mewajibkan semua syarikat tersenarai Singapura menyatakan pendedahan berkaitan iklim dalam laporan kemampanan mereka.

Mulai tahun kewangan 2023 pula, syarikat dalam industri kewangan, pertanian, makanan dan hasil hutan, tenaga, bahan dan bangunan serta pengangkutan juga perlu menyatakan pendedahan berkaitan iklim masing-masing.

Selain itu, Jawatankuasa Penasihat Pelaporan Kemampanan (SRAC), yang dibentuk oleh Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) dan Peraturan Bursa Singapura, mencadangkan pada Julai bahawa semua pernyataan berkaitan iklim harus dibuat selaras dengan piawaian yang telah ditetapkan oleh Lembaga Piawaian Kemampanan Antarabangsa mulai tahun kewangan 2025.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >