Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Syarahan Roadshow 2024 jadi tarikan golongan belia

Jan 28, 2024 | 05:30 AM



Bagi mewujudkan masyarakat Islam yang beriman dan berilmu, Masjid Alkaff Kampung Melayu terus melaksanakan program-program yang bermanfaat untuk semua. Antara yang terbaru ialah siri ‘Syarahan Roadshow 2024’. Siri pertama program ini dijadualkan berlangsung pada 3 Februari ini, bertempat di Masjid Al-Istighfar.

Antara misi Syarahan Roadshow 2024 ini ialah menarik lebih ramai belia dan jemaah muda agar terus mengikuti program-program dan mendekati masjid, selain mengumpul dana bagi projek peningkatan masjid ini.

Menurut Eksekutif Media & Acara Masjid Alkaff Kampung Melayu, Encik Mahy Umar, beliau menjangkakan lebih 200 jemaah muda akan mengikuti program-program kerohanian anjuran masjid tersebut.

“Matlamat acara Syarahan Roadshow 2024 yang bermula pada Februari ini, adalah menarik jemaah muda untuk menghadiri dan berminat belajar lebih lanjut tentang agama Islam. Selain itu, acara ini juga merupakan daya usaha Masjid Alkaff Kampung Melayu untuk mengumpul dana peningkatan masjid yang bakal diadakan tidak lama lagi.

“Sasaran kami bagi acara Syarahan Roadshow 2024 ini adalah menjemput lebih ramai jemaah muda, yang aktif di media sosial. Kami yakin, program sebegini mampu meningkatkan minat mereka dalam menuntut ilmu dan menjadi Muslim yang bertakwa.

“Dalam alaf teknologi ini, semuanya mampu dicari di laman media sosial. Justeru, kami juga akan memuat naik segala kegiatan pembelajaran dan kuliah kami di media sosial, contohnya di Facebook, Instagram dan Tik Tok rasmi masjid ini. Orang ramai juga dipersilakan bersama dan mengikuti kami di laman media ini,” jelas Encik Mahy.

MANFAATKAN TEKNOLOGI

Encik Mahy turut berkata dengan teknologi pesat membangun secara global dan belia juga merupakan golongan yang cerdik IT, segala kandungan yang dimuat naik di media sosial dapat dimanfaatkan dengan lebih baik lagi oleh warga muda ini.

“Pihak Masjid Alkaff Kampung Melayu kini menjadi lebih interaktif di alam maya bersama pengikut-pengikut kami di media sosial dan menyebarkan segala kandungan, atau content, yang bermanfaat. Selain itu, segala program yang akan kami laksanakan pada masa hadapan juga akan kami uar-uarkan di platform ini.


“Saya berharap dengan daya usaha yang diadakan di masjid-masjid setempat, ia boleh mendapat sokongan dan mengajak ramai lagi anak-anak muda kita yang berminat dalam bidang agama dan akan terus mengejar ilmu akhirat ini. Semoga masjid-masjid kita di sini terus dipenuhi golongan belia dan generasi muda kita, yang tidak malu untuk terus mempertingkat diri mereka ke bidang ukhrawi ini,” kata Encik Mahy.

PERLU SOKONGAN BAGI DANA PENINGKATAN

Di samping itu, pelbagai cara telah dilakarkan oleh pihak masjid untuk mendapatkan dana bagi kerja peningkatan ini. Antaranya, dengan menjual pelbagai barangan seperti baju, beg serta payung yang dihasilkan sendiri oleh pihak masjid, serta barangan lain.

“Kami ada menjual baju, beg dan payung yang dibuat oleh pihak Masjid Alkaff Kampung Melayu sebagai salah satu cara mengumpul dana peningkatan ini. Orang ramai boleh menyokong kami dengan membeli melalui pejabat kami di Masjid Alkaff Kampung Melayu di Bedok Reservoir ini.

“Selain itu, kami juga menyediakan ‘Tabung Infaq Fajar’ dan pelbagai cara lain bagi orang ramai menyokong dana naik taraf ini,” tambah Encik Mahy.

HULUR DERMA


Cara menderma bagi Dana Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC 581-608668-001. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di ruang ‘Rujukan’ dan e-mel tangkap layar, atau screenshot, transaksi kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg


2. Hantar cek atas nama LPM ALKAFF KG MELAYU. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’, nama, alamat dan nombor telefon anda di bahagian belakang cek dan kirimkan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.

3. PayNow UEN: S94MQ0017D. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di ruang ‘Rujukan’.

4. Langsung ke Pejabat Masjid, dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5.30 petang.

5. Hubungi Masjid Alkaff Kampung Melayu di talian 6242-7244 bagi mendapatkan keterangan lanjut.

6. Ikuti Masjid Alkaff Kampung Melayu di Tik Tok, Facebook dan Instagram: @MasjidAlkaffKampungMelayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >