Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Tambang mula teksi Trans-cab, Prime Taxi akan naik 50¢

Dec 21, 2023 | 06:04 PM



Dua syarikat pengendali teksi, Trans-cab dan Prime Taxi, akan menaikkan kadar tambang mula atau ‘flag-down fare’ sebanyak 50 sen.

Kedua-dua pengendali teksi itu juga akan menaikkan kadar untuk jarak dan masa menunggu sebanyak satu sen.

Harga tambang baru itu akan dilaksanakan mulai 28 Disember ini.

Ia diperkenalkan selepas pengendali teksi terbesar Singapura, ComfortDelGro menaikkan tambang teksi sekitar dua minggu lalu.

Kenaikan tambang itu diumumkan Trans-cab dan Prime Taxi dalam notis yang disiarkan dalam The Business Times (BT) pada 21 Disember.


Trans-cab mempunyai sebanyak 2,109 teksi sehingga Oktober, menjadikannya pengendali teksi ketiga terbesar di Singapura, manakala Prime Taxi adalah pengendali terkecil yang mempunyai 532 teksi.

Pengendali teksi yang baru digabungkan dan kedua terbesar di Singapura, Strides Premier, pula mempunyai kira-kira 2,200 teksi.

Dengan kenaikan tambang itu, Trans-cab akan mengenakan kadar tambang mula pada $4.60 untuk teksi lebih kecil, dan S$5.50 untuk teksi Toyota Alphard yang lebih besar.

Kadar tambang mula baru bagi Prime Taxi pula ialah $4.60 untuk kesemua model teksi 1.5 liter dan Toyoto Prius 1.8 liter; dan $4.80 untuk teksi Toyota Noah 1.8 liter dan Toyota Corolla 1.8 liter.

Bagaimanapun, kadar tambang mula untuk teksi Prime Taxi yang lebih besar kekal tidak berubah pada $5, menurut BT.


Tambang untuk jarak dan masa menunggu bagi semua jenis teksi Trans-cab dan Prime Taxi di bawah 2.5 liter juga akan naik satu sen.

Baru-baru ini, ComfortDelGro yang mengendalikan kira-kira 9,000 teksi di sini, mengumumkan kenaikan tambang teksinya.

Menurut syarikat itu, langkah tersebut diambil bagi membiayai kos operasi yang lebih tinggi berikutan kenaikan harga bahan api, inflasi tinggi dan kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >