Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Strides Premier lancar teksi wajah baru, ada yang tawar Wi-Fi percuma

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Strides Premier lancar teksi wajah baru, ada yang tawar Wi-Fi percuma

Dec 09, 2023 | 07:55 PM



Pengendali teksi yang baru digabungkan dan kedua terbesar di Singapura, Strides Premier, telah melancarkan kumpulan teksi berwajah baru dan terdiri daripada enam model.

Sekitar 90 peratus daripada teksi mereka adalah hibrid dan berkuasa elektrik. 

Kesemua kira-kira 2,300 teksi itu kini mempunyai logo baru Strides Premier, selepas jalur milik SMRT digabungkan dengan teksi Premier pada Mei 2023. 

Sebahagian besar daripada model teksinya adalah daripada syarikat lama seperti kereta elektrik hijau terang milik Strides. Beberapa bulan selepas penggabungan itu, syarikat itu menambah model teksi Toyota Corolla hibrid dalam rangkaiannya.

35 teksi kelabu baru itu kini sudah beroperasi di jalan raya sekarang.     

Ini adalah sebahagian daripada langkah Premier untuk menggantikan dan secara progresif menghentikan baki kereta diesel supaya kenderaan lebih hijau dan hibrid, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Strides Premier, Encik Ang Wei Neng. 

Ini adalah beberapa maklumat terkini yang diumumkan pada 9 Disember di acara pertama Strides Premier sejak penggabungan itu, yang menampilkan apa yang pelanggan dan pemandu teksi boleh jangkakan daripada pengendali baru itu. 

Inisiatif lain yang diumumkan di ibu pejabat firma itu di Changi South adalah faedah kebajikan bagi para pemandu dan Wi-Fi percuma yang boleh didapati di beberapa teksi. 

Kemas kini daripada Strides Premier itu dibuat beberapa hari selepas pemain utama pasaran, ComfortDelGro mengumumkan bahawa ia akan menaikkan tambang dari 13 Disember, disebabkan oleh kenaikan harga minyak, inflasi tinggi dan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada 9 peratus pada 2024. 

Antara lain, syarikat pengendali teksi terkemuka itu akan menaikkan tambang permulaan perjalanan, sebanyak 50 sen bagi teksi biasa. Prime Taxi juga merancang untuk menaikkan tambang, tetapi ia tidak mendedahkan butirannya.

Apabila ditanya sama ada Strides Premier akan mengikut langkah kenaikkan harga ComfortDelGro, Encik Ang menegaskan bahawa ia belum membuat keputusan. 

“Bagi kadar tambang permulaan naik teksi dan tambang meter, kami sedang melihat keadaan dengan teliti dan akan melihat apakah maklum balas daripada penumpang dan penyewa,” tambah Encik Ang, yang juga Anggota Parlimen GRC West Coast. 

Syarikat itu merancang untuk mempunyai hampir 200 teksi hibrid Toyota Corolla di jalan raya, meningkat daripada 35 sekarang. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >