Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar-Elon Musk bincang pelaburan Tesla, khidmat satelit Starlink

Jul 14, 2023 | 05:14 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan pertemuan secara maya dengan usahawan terkenal, Encik Elon Musk, pada Jumaat untuk membincangkan pelaburan pembuatan kereta Tesla di Malaysia serta perkhidmatan komunikasi satelit SpaceX.

Dalam kenyataannya pada Jumaat, Datuk Anwar berkata kerajaan pimpinannya mengalu-alukan minat serta keputusan pelaburan syarikat berkenaan ke Malaysia dan juga kesediaan Encik Elon untuk datang ke negara itu.

Katanya, Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman jenama kenderaan elektrik Tesla juga akan dibuka di Selangor pada 2023,

“Hari ini saya mengadakan pertemuan melalui persidangan video bersama dengan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, Elon Musk. Beliau juga adalah CEO Tesla Inc.

“Turut mengucap tahniah dan dokongan kerajaan atas pembukaan Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman jenama kenderaan elektrik Tesla milik Elon di Selangor tahun ini,” kata Datuk Anwar yang turut menyatakan kerajaan memberi dokongan atas pembukaannya itu

Pertemuan maya Datuk Anwar dengan Encik Elon itu bermula pada 9.30 pagi Jumaat dan berlangsung selama kira-kira 25 minit.

Turut menyertai sidang maya itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Digital, Encik Fahmi Fadzil.

Mengulas lanjut, Datuk Anwar berkata penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink dapat menyumbang kepada capaian internet yang lebih laju dan meluas.

“… Terutamanya di kawasan pedalaman, yang hanya memerlukan infrastruktur fizikal dan tanah yang minimum bagi meningkatkan rangkaian internet global.

“Inisiatif ini akan meningkatkan keupayaan dan kesejahteraan rakyat, terutamanya dari aspek pendidikan dan potensi teknologi pertanian serta penjanaan pendapatan,” katanya, dipetik oleh akhbar Berita Harian Malaysia (BHM).


Tesla Inc adalah syarikat berbilang negara Amerika Syarikat yang beribu pejabat di Austin, Texas, yang terbabit dalam bidang automotif, kecerdasan buatan (AI) dan tenaga bersih.

Syarikat dan pengeluar kenderaan paling bernilai di dunia dan mempunyai lebih 120,000 pekerja di seluruh dunia, mereka bentuk dan mengeluarkan EV (kereta dan trak), simpanan tenaga bateri dari rumah ke skala grid, panel solar serta produk dan perkhidmatan berkaitan.

Tesla akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 20 Julai.

Kemasukan Tesla ke Malaysia dipermudahkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melalui pengenalan inisiatif ‘BEV Global Leaders’ bagi tujuan membantu meningkatkan permintaan BEV dalam pasaran tempatan dan menggalak pembangunan keseluruhan ekosistem untuk menyokong penggunaan BEV.

Di samping itu, inisiatif ini bertujuan untuk mendapatkan pelaburan daripada syarikat pengeluar BEV global terkemuka di Malaysia. Tesla ialah pemohon pertama inisiatif oleh MITI ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >