Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiga selamat, satu pegawai SCDF cedera dalam kebakaran kondo di Geylang

Jul 29, 2024 | 4:27 PM
Api yang telah menyambar ruang tamu sebuah unit kondominium Sunflower Regency di Geylang pada awal pagi 29 Julai, berjaya dipadamkan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF)  menggunakan pancutan air.
Api yang telah menyambar ruang tamu sebuah unit kondominium Sunflower Regency di Geylang pada awal pagi 29 Julai, berjaya dipadamkan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menggunakan pancutan air. - Foto FACEBOOK SCDF

Seorang anggota bomba cedera dan tiga penghuni sebuah unit kondominium diselamatkan dalam kebakaran yang berlaku di kondominium Sunflower Regency di Geylang pada awal pagi 29 Julai.

Anggota bomba dari Balai Bomba Kallang, Balai Bomba Paya Lebar dan Balai Bomba Central bertindak pantas bagi memadamkan api dalam kebakaran di kondominium yang terletak di Lorong 20 Geylang itu pada 3.30 pagi, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di Facebook.

Apabila SCDF tiba, dua orang dilihat menjerit meminta tolong ketika mereka berada di belebas tingkap unit tingkat lima yang sedang dijilat api.

Gabungan tangga platform segera dikerahkan oleh anggota bomba untuk menyelamatkan pasangan itu.

Semasa melawan api di unit itu, anggota bomba menemui seorang lagi penghuni di salah satu bilik tidur, lantas segera membawanya keluar ke tempat lebih selamat.

Semasa operasi, sekeping siling palsu menghempap leher dan bahu seorang anggota bomba, sekali gus mencederakannya.

Paramedik mendapati anggota berkenaan mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH) sebagai langkah berjaga-jaga.

Daripada mereka yang diselamatkan, dua dibawa ke TTSH, manakala selebihnya dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).

Api yang telah menyambar ruang tamu unit berkenaan, berjaya dipadamkan dengan menggunakan pancutan air.

Bahagian lain unit itu juga mengalami kerosakan akibat asap dan haba.

SCDF sedang menyiasat punca kebakaran.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg