Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

50 anggota bomba dikerah padam api di gudang Seletar

Jul 23, 2024 | 4:26 PM
Kebakaran itu melibatkan gudang satu tingkat yang menempatkan sebuah pejabat dan bahan-bahan perancah.
Kebakaran itu melibatkan gudang satu tingkat yang menempatkan sebuah pejabat dan bahan-bahan perancah. - Foto SCDF

Sekitar 50 anggota bomba mengambil masa sekitar dua jam untuk memadamkan api dalam satu kebakaran pada awal pagi 23 Julai di sebuah gudang di Seletar.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), dalam satu hantaran Facebook, berkata ia dimaklumkan mengenai kebakaran di 21 Seletar West Farmway 1 itu sekitar 2.35 pagi.

Kebakaran itu melibatkan gudang satu tingkat, berukuran sekitar 30 meter lebar dan 20 meter panjang, yang menempatkan sebuah pejabat dan bahan-bahan perancah.

Api yang marak dapat dipadamkan dengan menggunakan tiga jet air dan sebuah jentera pemadam api tanpa pemandu.

Sebanyak 10 kenderaan kecemasan dikerah untuk menangani kejadian itu.

Tidak ada kecederaan dilaporkan, kata SCDF, sambil menambah bahawa ia sedang melembapkan kawasan terjejas.

Proses itu melibatkan air dicurahkan ke permukaan yang terbakar untuk membasahkannya selepas api dipadamkan, bagi memastikan bara dipadamkan sepenuhnya untuk mengelakkan sebarang kebakaran semula.

Punca kebakaran masih disiasat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg