Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Usah bimbang dapat TB jika lawat Pasar ABC Brickworks: Ye Kung

Jan 15, 2024 | 07:00 PM



Orang ramai tidak perlu bimbang dijangkiti penyakit batuk kering atau tuberkulosis (TB) hanya dengan makan di Pasar dan Pusat Makanan ABC Brickworks di Jalan Bukit Merah.

Demikian nasihat Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, dalam catatan Facebook pada 14 Januari.

Beliau berkongsi mengenai kunjungannya ke pasar itu untuk makan malam dan mendapati ia “jelas lebih senyap daripada sebelumnya”.

Beberapa penjaja turut memaklumkan bahawa ramai teragak-agak mengunjungi pasar itu kerana bimbang dijangkiti TB, lapor The Straits Times (ST).


Encik Ong menjelaskan kebanyakan pengunjung ke pasar itu tidak akan dijangkiti TB, kerana penyakit itu “merebak selepas pendedahan dalam jarak dekat dan berpanjangan, biasanya dalam beberapa hari hingga minggu”.

Beliau menambah: “Oleh itu, seseorang mungkin mendapat TB jika dia tinggal atau bekerja setiap hari dengan seseorang yang dijangkiti TB.

“Mereka tidak akan dijangkiti TB dengan berkongsi cawan, perkakas atau makanan, dengan berjabat tangan, atau makan di pusat penjaja ini sekali sekala.”

Kementerian Kesihatan (MOH) berkata pada 5 Januari, sebanyak 10 kes batuk kering baru dikaitkan secara genetik dengan kluster Blok 2 Jalan Bukit Merah, yang pertama kali muncul pada 2022.

Ia kemudian menjalankan satu saringan beramai-ramai dari 11 hingga 15 Januari, yang diwajibkan kepada sebilangan orang yang sering ke Jalan Bukit Merah, termasuk pekerja di pusat makanan itu.

Saringan itu, dan saringan sukarela yang ditawarkan kepada orang lain, merupakan langkah berjaga-jaga untuk mengesan kes TB di kalangan mereka yang tinggal atau bekerja di kawasan itu.

Saringan itu turut ditawarkan kepada mereka yang sering berkunjung ke kawasan itu, kata Encik Ong dalam catatan media sosialnya itu.

“Sebahagian besar daripada kita tidak termasuk dalam kategori ini. Oleh itu, teruslah (berkunjung) dan nikmati makanan enak di ABC. Ayuh, sama-samalah kita menyokong penjaja kita,” ujar beliau.

Encik Ong yang makan malam di pusat penjaja itu bersama Setiausaha Parlimen Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Tanjong Pagar, berkata beliau menikmati nasi claypot, telur dadar tiram dan cendol.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >