Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

JALALUDDIN TRAVEL & SERVICES PTE LTD

Utamakan bimbingan haji dan umrah yang sempurna

Nov 28, 2023 | 06:00 AM



“You will never walk alone” – slogan ini sering diucapkan oleh pengasas Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd, Allahyarham Ustaz Jalaluddin Hassan, yang menerapkan pentingnya jemaah haji atau umrah dibimbing sepanjang perjalanan ibadah mereka.

Berlandaskan slogan itulah, legasi Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd diteruskan. Daripada bimbingan rohani, menjatuhkan niat haji, doa wukuf Arafah, tawaf, sa’ie, haji/umrah sehinggalah ziarah ke Raudhah, setiap pergerakan ibadah jemaah dibimbing dengan rapi supaya jemaah dapat meraih kepuasan ibadah.

Cik Noor Faizah Mustaffa, Pengarah Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd, berkata kelebihan Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd terletak pada persiapan jemaah menerusi bimbingan yang sempurna dan teratur.

Ketika berada di Singapura, jemaah diisikan dengan manasik haji yang terperinci dan lengkap. Mereka akan menghadiri Kursus Manasik Haji yang dipimpin oleh pembimbing haji Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd yang bertauliah dan berpengalaman, iaitu Ustaz Muhammad Ridzwan Abdul Manap.

Sebulan sebelum berangkat pula, jemaah akan menghadiri kursus haji ‘crash course’ serta praktikal haji. Walaupun suasana dalam kursus tersebut bukanlah gambaran sebenar, tetapi ia dapat membantu menyusun semula kefahaman dan jangkaan jemaah, sebelum mereka menjejakkan kaki di tanah suci.


Ketika di tanah suci pula, Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd juga menitikberatkan program kerohanian, sebelum jemaah menuju ke Arafah. Atas sebab itu, Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd menempatkan jemaah hampir seminggu sebelum 8 Zulhijjah di kediaman Shisha.

Ketika berada di situ, jemaah akan diisikan dengan majlis-majlis agama seperti ulangkaji manasik haji, zikir munajat dan selawat. Solat fardu, sunat berjemaah, tazkirah dan bacaan Al-Quran turut dilaksanakan.

Pada masa yang sama, Cik Noor Faizah menasihatkan agar jemaah membuat persiapan diri dari segi mental dan fizikal, sebelum bertolak untuk menunaikan umrah atau haji.

“Tentu sekali, jemaah harus juga mengambil berat tentang persiapan diri mereka. Hadiri kursus manasik haji dengan kerap, fahami pergerakan haji dan jangan malu bertanya, sekiranya tidak pasti. Mula tingkatkan ibadah dari Singapura. Biasakan diri bangun tengah malam untuk solat taubat dan tahajud. Isikan waktu dengan zikir, selawat dan banyak berdoa.

“Ibadah haji ini banyak menguji daya ketahanan diri. Jemaah seharusnya berjinak-jinak untuk bersenam dan cuba berjalan kaki hingga beberapa kilometer supaya dapat menyesuaikan diri dengan perjalanan yang agak mencabar dari khemah Mina ke Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah. Jemaah juga dinasihatkan supaya bersikap lebih terbuka terhadap jangkaan keselesaan dan kemudahan di Arafah,” terangnya.

PROSES PENDAFTARAN HAJI


Bagi proses pendaftaran haji, jemaah akan terlebih dahulu menerima tawaran menunaikan haji daripada pihak Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ataupun e-mel.

Dengan mengemukakan SMS/e-mel tersebut, jemaah dapat memuat turun surat pengesahan tawaran haji daripada portal haji. Jemaah boleh ke pejabat Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd untuk membuat pilihan pakej haji dan kakitangan syarikat akan membantu memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan Muis ke portalnya.

Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd juga akan mengadakan Rumah Terbuka Haji dan melewatkan penutupan pejabat sehingga 8 malam bagi memudahkan pendaftaran jemaah.

Untuk maklumat lanjut, jemaah boleh hubungi talian pejabat di 6344-3669 atau 9737-2865 atau lungsuri lelaman www.jalaluddintravel.com bagi mendapatkan maklumat Pakej Haji 2024/1445H terkini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >