Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MADRASAH WAK TANJONG AL-ISLAMIAH

Wak Tanjong terus lahirkan lulusan berjaya

Oct 20, 2023 | 05:31 AM



Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah telah menjadi asas penting dalam melahirkan lulusan berjaya selama lebih enam dekad sejak ia dibangunkan pada 1958 oleh pasangan suami isteri yang berdedikasi, Allahyarham Ustaz Mohd Noor Taib dan Allahyarhamha Ustazah Hamyia Hussain.

Madrasah yang terletak di Sims Avenue ini sudah pun berusia 65 tahun, dan sepanjang waktu itu, telah melahirkan ramai lulusan Islam yang setelah pulang ke tanah air mampu memberikan khidmat kepada masyarakat Islam umumnya.

Ada di antara mereka ini yang berkhidmat dalam pertubuhan Islam mapan, di masjid dan madrasah sepenuh masa untuk menyampaikan ilmu agama atau memanfaatkan kebolehan mereka dalam bidang masing-masing.

Madrasah Wak Tanjong pada mulanya menawarkan kelas agama di rumah mereka pada waktu malam. Sejak itu, ia berkembang menjadi sebuah institusi pendidikan siang hari dan membina bangunan madrasah di pinggir kampung Wak Tanjong. Bertahun-tahun, madrasah ini menjalani pelbagai perubahan demi memenuhi keperluan pendidikan semasa.

Matlamat asal penubuhan madrasah ini adalah memberi pendidikan fardu ain, mempelajari Al-Quran, dan memahami bahasa Arab kepada anak-anak Islam di kawasan itu.

Namun, madrasah ini telah mengembangkan penawaran pendidikannya, termasuk ilmu-ilmu akademik, latihan dalam kemahiran masa kini, serta penekanan pada pembangunan rohani dan jasmani pelajar.

Madrasah ini bukan sahaja memastikan pelajar-pelajarnya cemerlang dalam ilmu agama, bahkan mempersiap mereka untuk menghadapi dunia pekerjaan dengan memberikan pendidikan bermutu dalam ilmu-ilmu akademik.

Selain itu, pelajar-pelajarnya juga dilibatkan dalam kegiatan kokurikulum yang dapat membentuk bakat kepimpinan mereka dan membantu mereka menghadapi masa depan yang mencabar.

Satu matlamat penting yang dicanangkan oleh madrasah ini adalah ia beroperasi dalam satu sesi mulai 2025. Dengan beroperasi dalam satu sesi, pelajar dapat memulakan waktu pembelajaran lebih awal dan pulang lebih awal, memberi mereka lebih banyak masa untuk pembelajaran dan kegiatan kokurikulum.

Selain itu, projek pembinaan bangunan tambahan, Projek Nur Ala Nur 2.0, sedang dijalankan untuk memastikan madrasah ini terus berkembang dan memberi manfaat kepada generasi masa hadapan.

Projek ini merupakan projek pengumpulan dana bagi tujuan pembinaan bangunan tambahan ini yang diharap dapat disiapkan pada akhir 2024.

Menurut mudirah Madrasah Wak Tanjong, Ustazah Masnia Nassim, selaras dengan perubahan fizikal madrasah dari tahun ke tahun, mereka juga terus memajukan sistem madrasah dan kemudahan pembelajaran yang ada bagi memenuhi keperluan pendidikan semasa yang sentiasa berubah.

“Pihak Madrasah Wak Tanjong merancang beroperasi satu sesi mulai 2025.

Ini kerana hanya madrasah itu yang menjadi satu-satunya madrasah di Singapura yang masih beroperasi sesi pagi dan petang. Dengan bermulanya satu sesi, pelajar Darjah 1 hingga Darjah 3 boleh memulakan waktu pembelajaran lebih awal dan pulang lebih awal juga.

“Kelas-kelas tambahan juga boleh diadakan untuk murid yang memerlukan. Lebih bimbingan boleh disalurkan, selepas waktu sekolah, dengan adanya bilik-bilik darjah tambahan itu.

Kegiatan kokurikulum juga boleh dikembangkan dengan adanya ruang-ruang yang lebih luas demi membangunkan bakat dan keperibadian pelajar yang pelbagai, selain terus mempersiap mereka untuk mengharungi masa depan yang lebih mencabar ini,” ujar Ustazah Masnia.

SUMBANGAN KEPADA MADRASAH WAK TANJONG AL-ISLAMIAH BOLEH DILAKUKAN DENGAN:


1. PayNow: UEN S55MM0002D.

2. Penghantaran cek atas nama ‘MADRASAH WAK TANJONG AL ISLAMIAH’.

3. Pembayaran secara Nets dan tunai di Pejabat Madrasah di 589 Sims Avenue, Singapura 387600, dari Isnin hingga Jumaat 9 pagi hingga 4 petang dan Sabtu bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari.

4. Imbas kod QR yang tertera ini.

5. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Madrasah Wak Tanjong di talian 6741-0131.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >