Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Wakil S’pura berusia 8 tahun jadi pemain catur termuda kalahkan ‘grandmaster’

Feb 20, 2024 | 04:36 PM



Selepas bertarung tiga jam di Burgdorfer Stadthaus-Open pada 18 Februari, Ashwath Kaushik, tidak dapat menahan senyuman lebar ketika menyampaikan berita gembira kepada ibunya, Cik Rohini Ramachandran – dia baru saja menewaskan ‘grandmaster’ atau jaguh catur dari Poland, Jacek Stopa.

Pada usia lapan tahun, enam bulan dan 11 hari, dia menjadi pemain catur termuda menewaskan seorang jaguh catur dalam pertandingan klasik dengan kemenangannya ke atas Stopa, yang berusia 37 tahun, di Hotel Stadthaus di Burgdorf, Switzerland.

Rekod sebelumnya dicatat oleh, Leonid Ivanovic, beberapa hari sebelum pencapaian Ashwath.

Warga Serbia itu berusia lapan tahun, 11 bulan, dan tujuh hari ketika mengalahkan pemain Bulgaria, Milko Popchev, 59 tahun.

“Ia adalah satu perasaan yang sangat mengujakan dan menakjubkan (kerana) dapat menewaskan ‘grandmaster’ pertama saya di papan catur dan dalam permainan klasik, jadi saya bangga dengan diri saya,” kata Ashwath.

Pemain catur cilik itu adalah seorang warga India yang berpindah ke Singapura bersama keluarganya tujuh tahun lalu dan mewakili Singapura pada peringkat antarabangsa, lapor The Straits Times.


Apabila mendapat tahu dia akan menentang seorang ‘grandmaster’ pada kejohanan dari 16 hingga 18 Februari itu, murid Gred 3 di Overseas Family School di Pasir Ris itu menjangkakan peluang mengubah rekod Leonid.

Ashwath memenangi tiga perlawanan pertamanya dalam kejohanan itu sebelum menentang Stopa.

Pada mulanya, mereka berbual tetapi permainan beransur-ansur menjadi lebih sengit, dengan pemain Poland itu menawarkan untuk seri pada langkah ke-13.

Bagaimanapun, Ashwath menolaknya dan menjelang hujung permainan, dia memanfaatkan kesilapan Stopa untuk menang besar.

Walaupun teruja, Ashwath dan keluarganya belum dapat meraikan pencapaiannya kerana Ashwath ada satu lagi perlawanan menentang pemain Inggeris, Harry Grieve, tidak lama kemudian, yang menyaksikan Ashwath tumpas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >