Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemain catur Iran yang tanggal hijab dapat kerakyatan Sepanyol

Jul 27, 2023 | 3:28 PM
JUARA CATUR IRAN: Cik Sara Khadem yang lari ke Sepanyol selepas bertanding di kejohanan antarabangsa dengan tidak mengenakan hijab, kini telah diberi kerakyatan Sepanyol.
JUARA CATUR IRAN: Cik Sara Khadem yang lari ke Sepanyol selepas bertanding di kejohanan antarabangsa dengan tidak mengenakan hijab, kini telah diberi kerakyatan Sepanyol. - Foto AFP

MADRID: Seorang pemain catur Iran yang berpindah ke Sepanyol pada Januari selepas menyertai pertandingan tanpa berhijab dan mempunyai waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya, telah diberikan kewarganegaraan Sepanyol, kata pihak berkuasa Sepanyol pada Rabu.

Cik Sarasadat Khademalsharieh, lebih dikenali sebagai Sara Khadem, menyertai Kejohanan Catur Pantas dan Blitz Dunia FIDE, yang diadakan di Kazakhstan pada akhir Disember 2022 tanpa berhijab seperti yang diwajibkan di bawah kod pakaian Islam yang ketat di Iran.

Undang-undang yang mewajibkan pemakaian tudung menjadi punca ketegangan semasa pergolakan yang melanda Iran apabila seorang wanita Iran-Kurdish berusia 22 tahun, Cik Mahsa Amini, meninggal dunia dalam tahanan polis moral, pada pertengahan September 2022.

Wanita berusia 26 tahun itu memberitahu Reuters bahawa beliau tidak menyesal dengan sikapnya menyokong gerakan protes terhadap kepimpinan ulama negaranya.

Warta rasmi Sepanyol berkata Kabinet meluluskan pemberian kewarganegaraan Cik Khadem pada Selasa “dengan mengambil kira keadaan istimewa” kesnya. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg