Seorang wanita dihadapkan ke mahkamah daerah pada 27 Jun atas tuduhan melakukan seks oral ke atas seorang lelaki kurang upaya intelektual berulang kali tanpa persetujuannya pada 2022.
Menurut The Straits Times, dia juga dituduh membuat panggilan video kepada teman lelakinya semasa melakukan kesalahan tersebut.
Dokumen mahkamah tidak mendedahkan kaitan wanita itu, seorang warga Indonesia, dengan mangsa.
Dia dihadapkan tiga pertuduhan melakukan aksi seks selain dua pertuduhan mengintai.
Identiti lelaki dan wanita itu tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah.
Wanita itu berada di sebuah flat di Bukit Panjang bersama mangsa buat beberapa waktu antara Januari dengan Februari 2022 apabila dia didakwa melakukan seks oral ke atasnya tanpa kebenaran.
Pada masa itu, dia juga dikatakan membenarkan teman lelakinya memerhatikannya melakukan perbuatan tersebut melalui panggilan video menerusi telefon bimbitnya.
Wanita itu didakwa melakukan kesalahan serupa membabitkan mangsa yang sama sehingga Ogos 2022.
Tidak segera diketahui sama ada wanita itu membuat sebarang pengakuan bersalah.
Namun, dia dijangka mengaku bersalah apabila kesnya didengar lagi pada 7 Ogos.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg