Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Seks dengan 4 budak lelaki: Lelaki dipenjara 21 tahun 6 bulan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seks dengan 4 budak lelaki: Lelaki dipenjara 21 tahun 6 bulan

Jan 23, 2024 | 05:46 PM



Lelaki yang menampilkan dirinya sebagai guru agama, mengaku melakukan jenayah seks terhadap empat kanak-kanak lelaki, termasuk satu yang ditemui melalui aplikasi janji temu, dijatuhi hukuman penjara 21 setengah tahun dan lapan sebatan pada 23 Januari.

Menurut laporan The Straits Times, kesalahannya terbongkar setelah anggota polis yang meronda berhampiran pantai Changi melakukan pemeriksaan ke atas lelaki itu, yang sedang bersama dua budak lelaki.


Lelaki itu ditahan selepas pornografi kanak-kanak dan mesej teks, termasuk satu teks yang menawarkan $75 untuk seks oral, ditemui di telefon bimbitnya.

Lelaki berusia 35 tahun itu mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi pada 8 September 2023 atas tiga pertuduhan melakukan jenayah seks terhadap kanak-kanak bawah umur.

Pertuduhan tersebut melibatkan tiga kanak-kanak lelaki, dua daripadanya berumur di bawah 14 tahun ketika kesalahan itu berlaku.

Sebanyak 18 pertuduhan lagi diambil dalam pertimbangan semasa hukuman dijatuhkan.

Ini termasuk pertuduhan mencabul kehormatan budak lelaki keempat yang berumur di bawah 14 tahun, serta pertuduhan melakukan aktiviti seksual dengan salah seorang budak lelaki itu tanpa memaklumkan mangsa bahawa dia positif HIV.

Dalam satu kenyataan pada 11 September 2023, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menyatakan lelaki itu tidak pernah didaftarkan di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS), yang bermakna dia tidak diberi kuasa untuk menawarkan sebarang bentuk pengajaran agama atau bimbingan di Singapura.

Muis berkata kes itu adalah peringatan kepada individu dan ibu bapa supaya hanya mendapatkan tunjuk ajar dan bimbingan daripada guru agama yang berdaftar di bawah ARS.

Lelaki itu memberikan tuisyen agama dan bahasa Arab di rumahnya pada 2013 selepas dia pulang dari pengajian di Mesir dan bekerja sambilan sebagai penunggang penghantaran makanan.

Dia berkenalan dengan budak lelaki berusia 11 tahun, dikenali sebagai V1, melalui aplikasi janji temu pada 2014.

Dia memberitahu budak lelaki itu dia ialah guru agama sambilan, dan mereka berbual tentang seks.

Mereka akhirnya bertemu di tandas di Hougang Mall, dan lelaki itu melakukan seks oral terhadap budak lelaki itu.

Dari 2015 hingga 2018, mereka terus bertemu untuk melakukan perbuatan seks. Pada Julai 2019, V1 diuji positif HIV.

Pada 2017, lelaki itu berkenalan dengan budak lelaki berusia 12 tahun, dikenali sebagai V2.

Mereka bermain permainan video dan menaiki e-skuter bersama, dan lelaki itu sering membelikan V2 dan rakan-rakannya makanan dan rokok. Dia juga mengajar V2 subjek Matematik.

Pada 2018, ketika V2 berusia 13 tahun, dia telah membenarkan lelaki itu melakukan aksi seks ke atasnya sebanyak tiga kali, sebagai pertukaran mendapat kredit permainan video bernilai $30 setiap kali mereka melakukan perbuatan itu.

Mangsa ketiga, V3, berada di sekolah rendah pada 2016. Lelaki itu mula berbual dengannya dan kerap membelikan hadiah.

Antara 2017 dengan 2018, lelaki itu melakukan perbuatan seks semasa budak lelaki itu berusia 14 hingga 15 tahun.

Lelaki itu tidak boleh dinamakan di bawah perintah tegahan untuk melindungi identiti mangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >