Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

10 disyaki pengganas ditangkap di Solo

Jan 26, 2024 | 02:06 PM



SOLO: Skuad antikeganasan Polis Negara, Densus 88, berjaya menahan 10 orang yang disyaki pengganas, di kawasan Solo Raya pada 25 Januari.


Tempo.Co mengumpul maklumat bahawa tangkapan dibuat di Solo, Sukoharjo, Boyolali, dan Karanganyar.

Jurucakap Polis Wilayah Jawa Tengah, Komander Kanan Stefanus Satake Bayu Setianto, mengesahkan penahanan tersebut.

“Densus 88 sememangnya telah menahan beberapa orang yang disyaki pengganas, di beberapa lokasi,” kata Encik Satake kepada wartawan, pada 25 Januari.

Menurutnya, anggota polis wilayah turut terlibat dalam penahanan, penggeledahan dan pembersihan di setiap lokasi, bagi membantu unit antipengganasan negara.

Tempo.Co mendapat maklumat bahawa salah seorang suspek pengganas yang ditahan di Kabupaten Karanganyar, telah dikenal pasti sebagai TA, seorang penduduk Desa Nangsri, Kecamatan Kebakkramat.

Sebelum penangkapan di Karanganyar itu, Densus 88 telah menahan beberapa lagi suspek pengganas di seluruh Solo Raya.

Lima daripada mereka ditahan di Kabupaten Sukoharjo, satu di Kota Solo, dan tiga lagi di Kabupaten Boyolali.

Pada Oktober 2023, Densus 88 telah menahan 59 orang yang disyaki pengganas, di beberapa wilayah di Indonesia.

Seorang pegawai kanan Densus 88, Encik Aswin Siregard berkata 40 daripada mereka, yang merupakan ahli kumpulan Jamaah Anshor Daulah atau JAD yang bersekutu dengan ISIS, melakukan beberapa siri rancangan keganasan, untuk menggagalkan pilihan raya 2024.

Daripada 40 orang yang disyaki pengganas itu, polis menahan 23 orang di Jawa Barat, 11 orang di Jakarta, dan enam orang di Sulawesi Tengah.

“Berdasarkan kenyataan beberapa suspek, bagi mereka, pilihan raya umum adalah siri demokrasi yang tidak bermoral dan bertentangan dengan undang-undang,” kata Encik Aswin pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Negara, pada 31 Oktober 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >