Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Polis Indonesia bongkar e-dagang senjata diubah suai suspek yang juga pengganas

NOTA DARI JAKARTA
Aug 22, 2023 | 04:13 PM



Polis dan tentera Indonesia telah menemui penjualan haram senjata api yang dibina dan dipasang sendiri.

Ia dikaitkan dengan suspek keganasan yang merancang untuk menyerang kemudahan negara.

Urus niaga rahsia itu berlaku di wadah e-dagang popular Tokopedia dan Shopee dengan penjual mengiklankan barangan mereka sebagai senapang lembut udara atau senapang mainan airsoft yang dibenarkan di Indonesia,


Namun mereka sebenarnya menjual senjata api buatan sendiri dan diubah suai dengan tanda harga ratusan juta rupiah, ujar Pengarah Jenayah Ketua Pesuruhjaya, Encik Hengki Haryadi dalam sidang akhbar pada Isnin.

Encik Hengki berkata, polis turut menahan 10 suspek termasuk pesalah berulang yang disabitkan pada 2017 atas kesalahan sama dan dua pembekal di beberapa tempat di Jakarta, Sumedang serta di lereng gunung di Cianjur di Jawa Barat, dan Semarang di Jawa Tengah.

Polis turut merampas 44 senjata api pelbagai saiz dan model serta berpuluh butir peluru.

“Kami telah mengambil tindakan berjaga-jaga mengenai perkara ini, dan kami mendapati bahawa senapang lembut atau senjata mainan airsoft boleh diubah suai dan dinaik taraf menjadi senjata api. Ini yang kami temui di Semarang dan Sumedang,” tambahnya.


Polis mendapat maklumat tentang perdagangan senjata haram selepas polis tentera menyerahkan kepada polis siasatan mereka sendiri mengenai kes serupa yang melibatkan seorang awam, yang dikenali dengan awalan nama ‘IP’.

“Kami mendapati dokumen yang digunakan dalam perdagangan senjata api dipalsukan,” kata Timbalan Komander Polis Tentera, Mejar Jeneral Eka Permana, dalam sidang media yang sama.

Mejar Eka berkata daripada ‘IP’, polis tentera menemui sembang kumpulan WhatsApp mengenai urus niaga senjata api tetapi memandangkan suspek adalah orang awam, mereka menyerahkan kes itu kepada polis negara.

Polis juga mempunyai satu lagi petunjuk berikutan penahanan suspek pengganas, Dananjaya Erbening, seorang pekerja syarikat pengendali kereta api milik pemerintah, PT Kereta Api Indonesia (KAI), pada 14 Ogos dan dia merupakan penyokong tegar ISIS.

Jurucakap skuad antikeganasan polis Densus 88, Ketua Pesuruhjaya, Encik Aswin Siregar memberitahu sidang media susulan penahanan minggu lepas mendapati Dananjaya telah dilatih untuk melancarkan serangan ke atas pekarangan tentera dan ibu pejabat Briged Bergerak polis di Jawa Barat.

Menurut Encik Aswin, Dananjaya menyertai rangkaian keganasan Mujahidin Indonesia Barat (MIB) dan berikrar taat setia kepada ISIS sebelum menyertai PT. KAI pada 2016.

Densus 88 merampas lebih 10 senjata api dari rumah Dananjaya, yang kemudiannya membawa kepada polis mengenal pasti lebih banyak pembekal dan bengkel yang mengubah suai senjata api, kata Encik Hengki.

“Kami masih menyiasat sama ada mereka mempunyai kaitan dengan keganasan. Kami baru saja menangkap suspek baru dan merampas senjata api haram dan mereka dalam perjalanan kembali ke Jakarta sekarang,” tambahnya, tanpa menyatakan lokasi penangkapan terbaru itu.

Polis berkata mereka telah menyemak semua senjata api yang dirampas dengan pendaftaran mereka sendiri dan tiada satu pun daripadanya didaftarkan dalam pangkalan data polis.

Ketua Polis Jakarta, Inspektor Jeneral Karyoto, berkata bahawa siasatan dalam kalangan pasukan polis mendapati bahawa tiada anggota tentera terlibat dalam perdagangan senjata haram itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >