Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

10 maut dalam letupan di Republik Dominican

Aug 16, 2023 | 02:19 PM



SAN CRISTOBAL (Republik Dominican): Seramai 10 maut selepas satu letupan di daerah perniagaan di Republik Dominican, dengan 11 yang lain masih hilang dan puluhan lain cedera, kata Presiden Luis Abinader pada Selasa.


Letupan pada Isnin itu menggegarkan kawasan komersial San Cristobal, kurang 30 kilometer dari ibu kota Santo Domingo, mencetuskan satu kebakaran besar.

Dalam kejadian itu beberapa kenderaan dilihat hangus.

Encik Abinader, yang melawat tapak kebakaran, menyampaikan ucapan takziah kepada saudara-mara 10 orang yang dilaporkan telah meninggal dunia.

“Kami melakukan semua yang mungkin untuk mengesan 11 orang yang dilaporkan hilang. Seramai 37 orang telah dikejarkan ke hospital,” tambahnya.

Pihak berkuasa berkata pada Isnin bahawa seorang bayi berusia empat bulan adalah antara yang maut.

Punca letupan masih belum didedahkan kerana siasatan sedang giat dijalankan.

Letupan itu menjejas beberapa perniagaan di kawasan itu termasuk kedai perkakasan, klinik doktor haiwan dan kilang plastik.

Gambar orang hilang tular di media sosial, manakala berpuluh orang mencari ahli keluarga yang hilang di hospital berdekatan.

Sekitar 500 anggota bomba dan pegawai penyelamat lain dikejarkan ke tempat kejadian, dengan anjing pengesan digunakan untuk mencari mangsa yang terperangkap.

“Tingkap rumah bergegar kuat dan saya sangkakan ada gempa bumi,” kata seorang saksi kepada akhbar Listin Diario.


Media tempatan juga melaporkan bahawa sebahagian mereka yang cedera dilaporkan melecur badan mereka sehingga 40 peratus. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >