Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

11 lelaki ditahan dalam serangan bersenjata konsert di Moscow

IS mengaku bertanggungjawab dalam kejadian
yang mencetus kebakaran besar dan lebih 100 cedera
Mar 23, 2024 | 05:00 PM



MOSCOW: Seramai 11 orang termasuk empat lelaki yang disyaki bersenjata telah ditahan berkaitan dengan kes serangan maut berhampiran Moscow di wilayah Bryansk Russia yang meragut lebih 90 nyawa, kata Pejabat Presiden Russia (Kremlin).


Ia berkata bahawa ketua khidmat keselamatan FSB, Encik Alexander Bortnikov telah melaporkan kepada Presiden Vladimir Putin bahawa mereka yang ditahan termasuk “empat pengganas” dan perkhidmatan itu sedang berusaha mengenal pasti rakan sejenayah mereka.

Jawatankuasa Penyiasatan Russia berkata jumlah kematian meningkat kepada 93 orang.

Beberapa lelaki bersenjata telah melepaskan tembakan di dewan konsert Moscow, yang mencederakan sekurang-kurangnya 145 orang serta mengakibatkan kebakaran besar, kata pihak berkuasa pada 23 Mac, dengan kumpulan IS mengaku bertanggungjawab.

Menurut wartawan agensi berita, RIA Novosti, penyerang yang menyamar berpakaian seragam, memasuki bangunan itu pada 22 Mac, melepaskan tembakan dan melemparkan bom tangan atau bom pembakar.


Kebakaran cepat merebak di dewan konsert Crocus City di pinggir bandar Krasnogorsk utara Moscow, dengan asap menyelubungi bangunan itu.

Alexei, seorang penerbit muzik, baru hendak duduk sebelum bermulanya konsert rok, apabila beliau mendengar “bunyi tembakan mesingan” dan “suara banyak jeritan”.


Ketika orang ramai berlari ke arah pintu keluar kecemasan di dewan konsert, “kelihatan penonton konsert memanjat kepala satu sama lain untuk keluar, tambahnya.


Menteri Kesihatan Russia, Encik Mikhail Murashko, berkata 115 orang dimasukkan ke hospital, termasuk lima kanak-kanak, seorang daripada mereka dalam keadaan teruk, sementara 60 orang dewasa dalam keadaan serius.

Pihak berkuasa berkata siasatan terhadap kemungkinan “pengganas” telah dimulakan.

Kumpulan IS berkata pejuangnya menyerang “satu perhimpunan besar” di pinggir Moscow dan “berundur ke pangkalan mereka dengan selamat”.

Rumah Putih berkata pada 22 Mac bahawa Amerika Syarikat memberi amaran kepada pihak berkuasa Russia pada awal Mac tentang “serangan pengganas yang dirancang” yang mungkin menyasarkan “perhimpunan besar” di Moscow.

Saluran berita Telegram Baza dan Mash, yang rapat dengan pasukan keselamatan, telah menyiarkan imej video menunjukkan api dan asap hitam berkepul keluar dari dewan. Imej lain turut menunjukkan penonton konsert bersembunyi di belakang tempat duduk atau cuba melarikan diri.


Perkhidmatan keselamatan yang dipetik oleh Interfax berkata, antara dua dan lima orang “memakai seragam taktikal dan membawa senjata automatik”, melepaskan tembakan ke arah pengawal di pintu masuk dan kemudian mula menembak ke arah penonton.

Seorang saksi memberitahu agensi berita, AFP, bunyi tembakan senjata api automatik kedengaran beberapa minit sebelum konsert oleh kumpulan Piknik itu dimulakan.


Kira-kira 100 orang melarikan diri melalui ruang bawah tanah teater, manakala yang lain berlindung di atas bumbung, kata kementerian perkhidmatan kecemasan di saluran Telegramnya.


Tiga helikopter dikerah dalam usaha memadamkan kebakaran, di dewan konsert raksasa, yang boleh memuatkan ribuan orang dan telah menjadi pentas persembahan para artis antarabangsa terkemuka.


Sejurus selepas tengah malam, kementerian kecemasan berkata kebakaran telah berjaya dikawal, dan anggota pasukan penyelamat telah dapat memasuki auditorium.


Sementara itu, tiada laporan tentang warga Singapura yang terjejas dalam kejadian itu, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan. 

Ia menasihatkan warga Singapura agar menunda segala rancangan tidak penting ke Russia, mengambil langkah berjaga-jaga, memantau berita tempatan dengan teliti dan mematuhi nasihat pihak berkuasa tempatan.

MFA juga menekankan bahawa Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas yang berlaku di Dewan Bandaraya Crocus itu. 

“Serangan ini adalah peringatan yang nyata tentang ancaman keganasan yang terus ditimbulkan kepada semua negara. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga yang kehilangan dan berharap mereka yang cedera segera pulih,” tambah MFA. 

Di luar bangunan dewan yang terbakar, saudara-mara yang kecewa menghadapi kesulitan menghubungi orang tersayang.


Encik Semyon, 33 tahun, mencari isterinya dan berkata “tiada siapa yang tahu” di mana dia berada.


“Saya telah menghubungi lima hospital, semuanya sibuk,” katanya. “Saya benar-benar panik, seluruh badan saya sakit.”


Jurucakap kementerian luar Russia, Cik Maria Zakharova berkata, “masyarakat antarabangsa mesti mengutuk jenayah keji ini”, ujarnya di Telegram.


Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menyifatkan serangan itu sebagai “mengerikan” tetapi berkata tidak ada tanda segera sebarang kaitan dengan konflik di Ukraine.


The Freedom of Russia Legion, sebuah kumpulan militia pro-Ukraine juga menafikan sebarang keterlibatan dalam serangan baru ini.


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU), Perancis, Sepanyol, Italy dan beberapa negara lain turut mengutuk serangan itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >