Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Militan IS mengaku lakukan serangan bunuh diri di Iran

Jan 05, 2024 | 11:47 AM



TEHERAN: Kumpulan militan IS, mengaku bertanggungjawab ke atas dua letupan di Iran yang membunuh hampir 100 orang dan mencederakan ratusan yang lain di upacara peringatan untuk komander tertinggi Iran, Qassem Soleimani.


Melalui satu kenyataan yang disiarkan di saluran Telegram sekutu mereka, kumpulan tersebut mengatakan dua anggota IS telah meletupkan tali pinggang peledak di tengah-tengah khalayak yang berkumpul di tanah perkuburan di bandar Kerman, tenggara Iran, pada 3 Januari.

Upacara peringatan itu untuk menyambut ulang tahun keempat kematian Qassem yang dibunuh di Iraq pada 2020 oleh dron Amerika Syarikat.

Di Washington, jurucakap Rumah Putih, Encik John Kirby, memberitahu wartawan bahawa Amerika Syarikat dalam kedudukan untuk meragui dakwaan IS bahawa mereka bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Teheran telah bersumpah untuk membalas dendam atas serangan paling berdarah sejak Revolusi Islam 1979. Teheran sebelum ini menyalahkan kes letupan itu sebagai serangan ‘pengganas’. 

Naib Presiden Pertama Iran, Encik Mohammad Mokhber, kepada wartawan di Kerman berkata letupan berkembar tersebut juga mencederakan 284 orang, termasuk kanak-kanak.

“Mereka akan menerima balasan yang keras oleh tentera Soleimani,” kata Encik Mohammad.

Pihak berkuasa Iran turut menyeru protes besar-besaran pada 5 Januari apabila upacara pengebumian mangsa letupan diadakan, lapor media negeri.

Pasukan Pengawal Revolusi Iran menggambarkan serangan tersebut sebagai tindakan pengecut “yang bertujuan mencipta ketidakstabilan dan aksi membalas dendam terhadap cinta dan kesetiaan mendalam bangsa Iran terhadap Republik Islam”.

Presiden Iran, Encik Ebrahim Raisi, telah mengecam apa yang beliau sifatkan sebagai “jenayah keji dan tidak berperikemanusiaan”.

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Khamenei, bersumpah akan membalas dendam terhadap pengeboman tersebut.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam satu kenyataan mengecam apa yang mereka sifatkan sebagai “serangan pengganas pengecut” dan mengirim ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan pemerintah Iran.

Maklumat lanjut mengenai pelaku serangan dan motif mereka tidak dapat ditentukan dengan segera.

Namun, Encik Aaron Zelin, seorang pengamat dari badan pemikir di Washington, berkata beliau tidak akan terkejut jika serangan tersebut dilancarkan oleh cawangan IS yang berpusat di Afghanistan yang dikenali sebagai ISIS-Khorasan, atau ISIS-K.

Sebagai ketua komander pasukan elit Quds, Soleimani menjalankan operasi rahsia di luar negara dan merupakan tokoh utama dalam kempen panjang Iran untuk mengusir tentera Amerika dari Timur Tengah.

Terdahulu  Iran menyalahkan Israel dan Amerika atas letupan bom kembar itu berlaku di tengah-tengah ketegangan Asia Barat yang tinggi berhubung perang Hamas-Israel di Gaza dan pembunuhan seorang pemimpin kanan Hamas di Lebanon.

Serangan itu mencetuskan kebimbangan konflik yang semakin meluas di rantau itu, menggegarkan pasaran global, di mana harga minyak melonjak lebih tiga peratus dan mencetuskan kecaman global. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >