Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

11b riyal dibelanja warga Saudi bagi Aidilfitri

Apr 18, 2024 | 5:03 PM
Rakyat Arab Saudi menjamu selera di sebuah restoran di Riyadh. Restoran dan kedai kopi mendahului senarai perbelanjaan semasa cuti Aidilfitri dengan 2.1 bilion riyal, diikuti oleh perbelanjaan bagi makanan dan minuman sebanyak 1.7 bilion riyal.
Rakyat Arab Saudi menjamu selera di sebuah restoran di Riyadh. Restoran dan kedai kopi mendahului senarai perbelanjaan semasa cuti Aidilfitri dengan 2.1 bilion riyal, diikuti oleh perbelanjaan bagi makanan dan minuman sebanyak 1.7 bilion riyal. - Foto REUTERS

KAHIRAH: Penduduk Arab Saudi membelanjakan lebih 11 bilion riyal Saudi ($3.92 bilion) minggu lalu ketika menyambut Aidilfitri, tetapi jumlah itu kurang 31.4 peratus daripada pada minggu sebelumnya, menurut angka daripada Bank Pusat Arab Saudi.

Perayaan tiga hari itu bermula tahun ini pada 10 April di Arab Saudi.

Sepanjang minggu dari 7-13 April, penduduk Arab Saudi membelanjakan 11.3 bilion riyal berbanding 16.5 bilion riyal pada minggu sebelumnya, menurut angka itu.

Restoran dan kedai kopi mendahului senarai perbelanjaan semasa cuti Aidilfitri, dengan 2.1 bilion riyal, atau 17.3 peratus, lebih tinggi daripada minggu sebelumnya.

Ini diikuti oleh perbelanjaan bagi makanan dan minuman, yang sebanyak 1.7 bilion riyal.

Aspek perbelanjaan lain termasuk 1.3 bilion riyal untuk pelbagai barangan, dan tambahan 1.1 bilion riyal bagi pakaian dan kasut, lapor laman web berita Arab Saudi, Akhbar24.

Sebanyak 375.9 juta riyal dibelanjakan untuk barang kemas, 311.4 juta riyal digunakan bagi hiburan, 74.9 juta riyal untuk telekomunikasi, dan 315.4 juta riyal bagi pengangkutan.

Dari segi agihan geografi, penduduk Riyadh mendahului dalam perbelanjaan dengan 3.2 bilion riyal, diikuti oleh Jeddah sebanyak 1.6 bilion riyal, Makkah sebanyak 634 juta riyal, Madinah berjumlah 560.9 juta riyal dan Dammam sebanyak 499 juta riyal, menurut laporan itu.

Di Arab Saudi, Aidilfitri biasanya disambut dengan keluarga berkumpul, ziarah-menziarahi dan melancong.

Menjelang Lebaran, orang ramai secara tradisional membeli-belah pakaian, minyak wangi dan juadah, manakala rumah dihiasi dengan hiasan berwarna-warni.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg