Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Arab Saudi sambut Aidilfitri pada 10 April

Apr 9, 2024 | 1:24 PM
Ahli astronomi Arab Saudi dari Balai Cerap Astronomi di Sudair, bersiap sedia untuk melihat anak bulan.Syawal pada petang Isnin, 29 Ramadan, bersamaan dengan 8 April.
Ahli astronomi Arab Saudi dari Balai Cerap Astronomi di Sudair, bersiap sedia untuk melihat anak bulan.Syawal pada petang Isnin, 29 Ramadan, bersamaan dengan 8 April. - Foto Facebook Inside the Haramain

RIYADH: Arab Saudi akan merayakan Aidilfitri 2024 pada 10 April, menurut pihak berkuasa negara itu.

Jawatankuasa agama di seluruh negara itu berkata bahawa anak bulan Syawal tidak kelihatan dan mereka menetapkan hari pertama bulan Syawal, bulan kesepuluh dalam kalendar Islam, adalah pada 10 April.

Dengan pengumuman itu, puasa di bulan Ramadan di Arab Saudi genap 30 hari, setelah mereka mula berpuasa pada 11 Mac 2024.

Sekolah-sekolah di seluruh Arab Saudi telah mula bercuti sejak 29 Mac lalu. Kelas akan disambung semula mulai 15 April.

Bagi sektor swasta dan bukan pertubuhan bukan mencari untung, mereka akan menikmati cuti Aidilfitri selama empat hari yang bermula pada 8 April.

Sambutan Aidilfitri di negara-negara Islam dimulakan dengan solat subuh diikuti perhimpunan keluarga untuk sarapan pagi.

Di Timur Tengah, pertukaran lawatan keluarga adalah perkara biasa, dengan perhimpunan menandakan pertukaran hadiah di kalangan ahli keluarga.

Kanak-kanak biasanya mengenakan pakaian serba baru untuk menyambut hari raya.

Beberapa buah negara Arab lain dijangka mengumumkan 10 April sebagai hari pertama Aidilfitri, termasuk Maghribi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg