Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

12 cedera penerbangan Qatar Airways dilanda gelora udara

May 27, 2024 | 2:42 PM
Pesawat Qatar Airways dalam penerbangan dari ibu kota Qatar, Doha ke London mengalami gelora udara di ruang angkasa Turkey, mencederakan 12 orang. Pesawat mendarat dengan selamat di London.
Pesawat Qatar Airways dalam penerbangan dari ibu kota Qatar, Doha ke London mengalami gelora udara di ruang angkasa Turkey, mencederakan 12 orang. Pesawat mendarat dengan selamat di London. - Foto fail

LONDON: Seramai 12 orang cedera apabila pesawat Qatar Airways, yang dalam penerbangan dari Doha ke Dublin, mengalami gelora di udara pada 26 Mei, kata pihak berkuasa lapangan terbang.

Lapan daripada yang cedera itu dimasukkan ke hospital.

Lapangan Terbang Dublin berkata dalam satu kenyataan bahawa penerbangan QR017 Boeing 787 Dreamliner mendarat dengan selamat seperti yang dijadualkan sebelum 1 tengah hari waktu tempatan.

Ia berkata semasa mendarat, pesawat itu didatangi perkhidmatan kecemasan, termasuk polis lapangan terbang serta jabatan bomba dan penyelamat, “disebabkan enam penumpang dan enam anak kapal... melaporkan kecederaan, selepas pesawat itu mengalami pergolakan semasa di udara di ruang angkasa Turkey”.

Lapangan terbang itu berkata semua penumpang telah diperiksa bagi kecederaan di dalam pesawat dan lapan kemudiannya dihantar ke hospital.

Seorang penumpang, Encik Paul Mocc, memberitahu penyiar Ireland RTE beliau melihat “penumpang terhumban melambung terkena bumbung pesawat” dan makanan serta minuman berterbangan.

Seorang lagi penumpang, Cik Emma Rose Power, memberitahu RTE bahawa selepas kejadian itu “beberapa pramugari yang saya lihat mengalami calar di muka, mereka menekapkan ais pada muka mereka. Ada seorang gadis membalut tuala di lengannya.”

Qatar Airways berkata dalam satu kenyataan bahawa “sebilangan kecil penumpang dan anak kapal mengalami kecederaan ringan dalam penerbangan itu dan kini sedang menerima rawatan”.

Ia berkata “perkara itu kini tertakluk pada siasatan dalaman.”

Insiden itu berlaku lima hari selepas seorang lelaki Britain meninggal dunia akibat disyaki serangan jantung dan berpuluh orang cedera apabila sebuah penerbangan Singapore Airlines (SIA) dari London ke Singapura mengalami gelora udara.

Pesawat itu kemudian melakukan pendaratan cemas di Bangkok.

Walaupun kematian berkaitan pergolakan di udara jarang berlaku, kecederaan telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beberapa pakar meteorologi dan penganalisis penerbangan menyatakan bahawa laporan mengenai pergolakan di udara juga telah meningkat, dan menunjukkan potensi kesan perubahan iklim terhadap keadaan penerbangan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg