Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

13 maut, 18 cedera dalam kebakaran kapal di limbungan Batam

Oct 27, 2025 | 2:32 PM
Satu kebakaran pada 15 Oktober di limbungan kapal Batam milik unit ASL Marine telah menyebabkan 13 pekerja maut dan 18 cedera.
Satu kebakaran pada 15 Oktober di limbungan kapal Batam milik unit ASL Marine telah menyebabkan 13 pekerja maut dan 18 cedera. - Foto fail

BATAM: Satu kebakaran kapal tangki di limbungan kapal Batam milik unit ASL Marine menyebabkan 13 pekerja maut dan 18 cedera, kata syarikat pembinaan kapal itu pada 26 Oktober.

Kejadian itu berlaku sekitar 4.20 pagi (waktu Indonesia) pada 15 Oktober, di atas kapal tangki yang sedang menjalani pembaikan terapung di jeti limbungan kapal milik ASL Shipyard Indonesia, kata syarikat itu.

Semua kerja-kerja di atas kapal tangki itu telah digantung, lapor The Business Times.

ASL Marine berkata ia sedang menyediakan bantuan yang diperlukan kepada mangsa yang terjejas dan keluarga mereka.

Ia juga membantu pihak berkuasa Indonesia dalam siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Tragedi itu berlaku susulan satu kebakaran pada 24 Jun di limbungan kapal Batam, yang juga milik anak syarikat ASL Marine, menyebabkan empat pekerja maut dan lima cedera.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 2.15 petang (waktu Indonesia) di atas sebuah kapal yang sedang menjalani pembaikan di salah satu jeti limbungan kapal, kata ASL Marine pada 25 Jun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg