Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4 maut, 5 cedera dalam kebakaran kapal tangki di limbungan Batam

Jun 25, 2025 | 4:36 PM
Asap berkepul menerawang ke udara selepas kapal tangki ‘CFO Federal II’ dijilat api dalam kejadian di limbungan kapal di Batam pada 24 Jun.
Asap berkepul menerawang ke udara selepas kapal tangki ‘CFO Federal II’ dijilat api dalam kejadian di limbungan kapal di Batam pada 24 Jun. - Foto TANGKAP LAYAR TIKTOK WELDERSENIOR

BATAM: Empat orang maut dan lima cedera apabila sebuah kapal tangki minyak terbakar pada 24 Jun ketika berlabuh di limbungan kapal di Batam.

Media Indonesia melaporkan bahawa kapal tangki itu, CFO Federal II, sedang menjalani pembaikan di Limbungan PT ASL Indonesia ketika kebakaran berlaku.

Limbungan tersebut terletak di Tanjung Uncang, Batu Aji, Kota Batam.

Ketika kebakaran berlaku, asap tebal dapat dilihat berkepul-kepul menerawang ke udara.

Lima orang yang dilaporkan cedera telah dikejarkan ke hospital dan sedang menjalani rawatan.

“Empat mangsa yang terselamat melecur teruk dan seorang cedera ringan,” kata Ketua Polis Batu Aji, Encik Raden Bimo Dwi Lambang.

Empat yang meninggal dunia itu ialah Encik Setiawan Gulo, Encik Hermansyah Putra, Encik Januaris dan Encik Gunawan Sinulingga.

Beliau berkata, kesemua yang cedera kini dirawat di Rumah Sakit Mutiara Aini dan Rumah Sakit Graha Hermin.

Menurutnya, pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Encik Raden berkata, ketika kejadian berlaku, kesemua mangsa berada di dalam tangki kapal yang sedang menjalani kerja-kerja perbaikan.

Menurutnya, sumber api yang mencetuskan kebakaran di dalam kapal tangki tersebut belum diketahui dan masih disiasat.

“Untuk mengenal pasti punca kebakaran, kami akan menjalankan penyelidikan kerana keadaan kapal sekarang ini masih berasap, jadi masih sulit untuk diketahui puncanya.

“Lagipun keadaan mereka yang cedera masih belum stabil untuk diminta keterangan,” ujarnya.

Encik Raden tidak memberikan butir syarikat pemilik kapal yang dijilat api itu.

Agensi berita Antara melaporkan kebakaran itu berlaku sekitar 2.15 petang waktu tempatan (3.15 petang waktu Singapura) pada 24 Jun.

Namun, api telah dapat dipadamkan oleh pasukan bomba yang tiba sejurus kemudian. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg