Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

15 lelaki Bangladesh merusuh di P. Pinang, direman 4 hari

Jan 22, 2025 | 2:45 PM
Seramai 15 lelaki warga Bangladesh dibawa ke Kompleks Mahkamah Balik Pulau, Pulau Pinang, bagi mendapatkan perintah reman kerana merusuh.
Seramai 15 lelaki warga Bangladesh dibawa ke Kompleks Mahkamah Balik Pulau, Pulau Pinang, bagi mendapatkan perintah reman kerana merusuh. - Foto NSTP

BALIK PULAU (Pulau Pinang): Seramai 15 lelaki warga Bangladesh direman empat hari bagi membantu siasatan merusuh dengan mencederakan seorang lelaki tempatan di sebuah tapak pembinaan kawasan perindustrian Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Perintah reman bermula 22 hingga 25 Januari dikeluarkan Majistret Chia Huey Ting bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut.

Terdahulu, semua suspek yang berusia antara 24 dengan 54 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah pada 8.20 pagi bagi mendapatkan perintah reman.

Difahamkan berlaku perselisihan faham antara penyelia warga Bangladesh dengan penyelia tempatan tapak pembinaan itu sebelum berakhir dengan insiden merusuh.

Kejadian pada 4 petang itu turut menyebabkan mangsa lelaki tempatan berusia 30-an cedera di kepala.

Namun mangsa dilapor stabil selepas mendapat rawatan sebagai pesakit luar, lapor Berita Harian Malaysia.

Semua warga Bangladesh didapati mempunyai dokumen perjalanan sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh.

Sementara itu dalam kes berasingan, empat pelajar adalah antara lima individu yang direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes langgar mati remaja berusia 17 tahun di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu menghala Batu Maung, Pulau Pinang, pada 21 Januari.

Terdahulu, empat suspek yang semuanya berusia 16 tahun bersama seorang lagi berumur 21 tahun itu, tiba di mahkamah pada 8.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Penolong Pesuruhjaya Sazalee Adam, berkata semakan mendapati suspek yang melanggar mangsa dan seorang lagi berusia 21 tahun, tiada lesen motosikal.

Pada 21 Januari, media melaporkan seorang pelajar tingkatan lima maut selepas dilanggar di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu pada 4.30 pagi. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg