Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 lagi lelaki ditahan kerana merusuh, miliki senjata

Nov 20, 2024 | 1:45 PM
Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) diberitahu mengenai satu pergaduhan di Blok 182A Woodlands Street 13 pada 11 November.
Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) diberitahu mengenai satu pergaduhan di Blok 182A Woodlands Street 13 pada 11 November. - Foto SGFOLLOWSALL/TELEGRAM

Dua lagi lelaki telah ditahan ekoran satu pergaduhan pada awal pagi 11 November di Woodlands, yang mengakibatkan seorang lelaki ditahan sebelum ini selepas dia dibawa ke hospital.

Polis berkata pada 19 November bahawa kedua-dua suspek berusia 17 dan 25 tahun itu ditahan kerana merusuh dan mempunyai senjata berbahaya.

Pada 12.55 tengah malam 11 November, polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) diberitahu mengenai satu pergaduhan di Blok 182A Woodlands Street 13, lapor The Straits Times.

Seorang lelaki berusia 42 tahun dalam keadaan sedar ketika dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat.

Dia kemudian ditahan kerana memiliki senjata berbahaya.

Seorang wanita juga didapati mengalami kecederaan ringan selepas kejadian pada 11 November, tetapi enggan dibawa ke hospital.

Ketika itu polis berkata mereka sedang mencari orang lain yang terlibat dalam pergaduhan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg