Topic followed successfully
Go to BHku19 warga Indonesia ditahan di Saudi, didakwa jual dam dan rakam wanita tanpa izin
19 warga Indonesia ditahan di Saudi, didakwa jual dam dan rakam wanita tanpa izin
May 15, 2026 | 10:40 AM
19 warga Indonesia ditahan di Saudi, didakwa jual dam dan rakam wanita tanpa izin
Jemaah haji Indonesia beratur untuk menaiki bas ketika bersiap menjelang kemuncak ibadah haji di Arafah, Muzdalifah dan Mina di Arab Saudi. Pihak berkuasa Indonesia mengingatkan jemaah supaya menjaga kesihatan, menjimatkan tenaga dan mematuhi arahan petugas sepanjang musim haji 2026. - Foto Kementerian Haji dan Umrah Indonesia
JAKARTA: Seramai 19 warga Indonesia ditahan oleh pihak keselamatan Arab Saudi sepanjang musim haji 2026 atas pelbagai dakwaan pelanggaran undang-undang, termasuk mempromosikan perkhidmatan haji haram, menjual dam secara tidak sah serta merakam video wanita tempatan tanpa kebenaran.
Konsul Jeneral Indonesia di Jeddah, Encik Yusron B. Ambary, berkata pihak Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) telah menghantar pasukan perlindungan jemaah bagi memastikan hak semua rakyat Indonesia terbela sepanjang proses siasatan berlangsung.
Laporan berkaitan
Indonesia gagalkan cubaan 80 rakyat tunai haji secara haramMay 11, 2026 | 1:47 PM
Haji Indonesia 2026: Kisah penantian, pengorbanan dan harapan sebuah keluargaApr 27, 2026 | 5:30 AM
