Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 AP dan timbalan menteri Thai cedera apabila skrin LED gergasi runtuh

Feb 17, 2025 | 2:15 PM
Beberapa orang kenamaan Thailand sedang menonton acara tarian di wilayah Yasothon apabila angin berpusar yang kuat meruntuhkan skrin LED gergasi, mencederakan tiga orang.
Beberapa orang kenamaan Thailand sedang menonton acara tarian di wilayah Yasothon apabila angin berpusar yang kuat meruntuhkan skrin LED gergasi, mencederakan tiga orang. - Foto FACEBOOK ASEAN NOW

BANGKOK: Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand Sabida Thaiseth dan pasukannya cedera apabila skrin LED gergasi runtuh dipukul angin pusar semasa mereka meraikan acara keagamaan di wilayah Yasothon.

Kejadian malang itu turut mencederakan dua Anggota Parlimen, seorang daripadanya terkehel tulang belakang serviks.

Menurut laporan, kejadian itu berlaku pada 2.48 petang pada 15 Februari, semasa acara di padang sukan pusat kerajaan di daerah Leng Nok Tha.

Orang kenamaan duduk di barisan hadapan dan menonton tarian tradisional yang dipersembahkan oleh lebih 3,000 penari.

Ketika itulah angin berpusar yang kuat melanda kawasan acara itu, meruntuhkan skin LED berkenaan.

Encik Sabida yang mengalami kesan melecet dan luka, tetap menyaksikan acara yang diteruskan itu, serta mengambil gambar dengan orang ramai.

Beliau kemudian dihantar ke Hospital Somdet Phra Yupparat Leng Nok Tha untuk rawatan.

Pemeriksaan perubatan mendapati beliau tidak mengalami kecederaan serius dan beliau terus menyaksikan acara tersebut sehingga selesai.

Dua lagi yang turut cedera, termasuk Encik Thanaphat Srichana, Anggota Parlimen dari Yasothon yang mewakili Parti Bhumjaithai.

Beliau dibawa ke hospital yang sama, di mana pemeriksaan perubatan mengesahkan tulang belakang serviks terkehel.

Beliau kemudian dipindahkan ke Hospital Sunpasitthiprasong di wilayah Ubon Ratchathani untuk rawatan lanjut.

Encik Sutthichai Jaroonnetr, Anggota Parlimen Bhumjaithai dari Ubon Ratchathani, mengalami cedera ringan dan sedang menerima rawatan di hospital swasta di kawasan tersebut.

Siasatan awal menunjukkan angin berpusar kuat telah menumbangkan skrin LED gergasi, mencederakan orang kenamaan yang duduk di barisan hadapan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg