Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 bulan hanyut di laut: Kelasi Australia dan anjingnya diselamatkan

Jul 19, 2023 | 7:19 PM
KURUS TAPI SIHAT: Encik Tim Shaddock dan anjingnya diselamatkan oleh kru kapal tuna Mexico di Lautan Pasifik pada Isnin, selepas dua bulan hanyut di laut.
KURUS TAPI SIHAT: Encik Tim Shaddock dan anjingnya diselamatkan oleh kru kapal tuna Mexico di Lautan Pasifik pada Isnin, selepas dua bulan hanyut di laut. - Foto AFP

SYDNEY: Seorang kelasi Australia dan anjingnya berjaya diselamatkan selepas lebih dua bulan hanyut di Lautan Pasifik dengan hanya meminum air hujan dan memakan ikan mentah untuk mengalas perut.

Encik Tim Shaddock dan anjingnya, Bella, berlepas dengan menaiki katamaran dari bandar tepi laut Mexico, La Paz, pada April.

Beliau merancang belayar sekitar 6,000 kilometer sebelum berlabuh di kepulauan French Polynesia.

Tetapi tidak lama kemudian beliau mendapati dirinya terdampar di Lautan Pasifik yang luas selepas laut bergelora merosakkan kapal dan peralatan elektroniknya.

Beliau diselamatkan oleh sebuah kapal pukat ikan tuna Mexico lebih dua bulan kemudian.

“Saya hanya ada peralatan memancing,” katanya kepada salah seorang penyelamatnya dalam video yang diperolehi Nine News, stesen televisyen Australia.

Dengan janggut yang lebat, Encik Shaddock, 51 tahun, kelihatan kurus selepas ‘menjalani diet’ berupa makanan laut yang ditangkapnya.

Di sebalik kesukaran yang dialami, beliau berasa kesihatannya dalam keadaan sangat baik.

“Saya telah mengharungi pengalaman pahit yang sangat sukar di laut,” katanya dalam video berasingan.

“Saya hanya perlu rehat dan makanan enak kerana saya sudah lama bersendirian di laut,” tambahnya.

Encik Shaddock dan Bella akan dihantar pulang ke Mexico tidak lama lagi, menurut saluran televisyen itu. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg