Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 pemain Spurs mohon maaf kepada pengurus kerana ingkari arahan

Nov 4, 2025 | 2:48 PM
Pengurus Tottenham Hotspurs, Thomas Frank, berkata Micky van de Ven dan Djed Spence telah memohon maaf kepadanya selepas pasangan itu mengingkarinya dengan meninggalkan padang selepas kekalahan kepada Chelsea.
Pengurus Tottenham Hotspurs, Thomas Frank, berkata Micky van de Ven dan Djed Spence telah memohon maaf kepadanya selepas pasangan itu mengingkarinya dengan meninggalkan padang selepas kekalahan kepada Chelsea. - Foto REUTERS

LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur, Thomas Frank, berkata dua pemain pasukan itu, Micky van de Ven dan Djed Spence, telah memohon maaf kepadanya selepas pasangan itu mengingkarinya dengan meninggalkan padang selepas kekalahan kepada Chelsea.

Selepas kekalahan 0-1 pada 1 November, Frank telah meminta pemainnya melakukan pusingan penghargaan kepada peminat di sekitar Stadium Tottenham Hotspur.

Tetapi sedang peminat mengejek pemain, kamera pula merakam Van de Ven dan Spence mengabaikan pengurus mereka dan sebaliknya terus masuk ke dalam terowong.

“Micky dan Djed datang ke pejabat saya dan berkata mereka ingin memohon maaf atas situasi itu,” kata Frank dalam satu sidang akhbar pada 3 November.

“Mereka tidak mahu hal itu kelihatan buruk atau menimbulkan sebarang salah tanggapan yang boleh anda dapat dalam dunia media yang indah ini.

“Jadi, langsung tiada niat tidak hormat terhadap saya atau pasukan. Mereka hanya kecewa dengan prestasi kami dan ejekan semasa perlawanan,” jelasnya.

Tingkah laku Van de Ven dan Spence telah dikritik beberapa peminat dan pakar bola sepak, sementara yang lain mencadangkan insiden itu telah dibesar-besarkan.

Frank, 52 tahun, menambah bahawa beliau gembira kerana pemainnya datang kepadanya dan menghalang isu itu daripada diperbesarkan.

“Jika mereka tidak jumpa saya, sudah tentu saya terpaksa bertanya kepada mereka tentang situasi yang mereka hadapi. Bagaimana perasaan mereka, mengapa mereka melakukannya? Kerana kita semua mempunyai persepsi.

“Sama ada kerana ibu mereka tidak sihat atau mereka tidak menyukai ketua jurulatih, atau mereka jengkel dengan prestasi kerana mereka kalah, atau apa sahaja.

“Sudah tentu, saya gembira kerana mereka jumpa saya, kerana itu bermakna mereka mengambil berat, saya fikir itu sangat bagus. Mereka mengambil berat tentang pasukan, kelab dan, dalam kes ini, tentang saya. Saya puas hati,” ujarnya.

Ditanya tentang insiden itu dalam satu temu bual selepas perlawanan, Frank berkata beliau memahami “kekecewaan” pemainnya dan menambah bahawa ia adalah “isu kecil”.

Tetapi masalah itu bertepatan dengan rentetan prestasi yang tidak menentu dan penurunan semangat peminat pasukan London itu.

Pasukan Frank belum menang di tempat sendiri dalam Liga Perdana England (EPL) sejak menang ke atas Burnley 3-0 pada hari pembukaan musim.

Dalam empat divisyen teratas England, hanya Southampton yang memenangi lebih sedikit perlawanan di tempat sendiri berbanding Spurs dalam tempoh sama. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg